Persekitaran yang selamat tidak mengecualikan institusi pengajian tinggi yang sepatutnya diberi keutamaan kerana inilah tempat pengeluaran modal insan.
Peranan PDRM di institusi pengajian tinggi di mana polis dan pihak berkuasa kampus bekerjasama untuk mewujudkan kawasan selamat, bebas dadah dan sifar jenayah melalui inisiatif ‘Campus Policing’ atau Kepolisan Kampus.
‘Campus Policing’ ini adalah berdasarkan falsafah ‘Community Policing’ di mana kerjasama pintar antara masyarakat dengan polis digerakkan dalam usaha pembanterasan jenayah, mengurangkan kegusaran jenayah dan juga pusat sehenti penyelesaian masalah.
‘Campus Policing' lebih fokus kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi serta warga pengurusan universiti yang berada di institusi pengajian tinggi berkenaan. Pendekatan ini adalah gabungan strategi pencegahan jenayah jangka masa pendek dan panjang.
Mahasiswa dan mahasiswi merupakan modal insan, barisan pelapis dan aset yang mana boleh dibentuk melalui gerak kerja ko-kurikulum berkredit, contohnya Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor-SUKSIS).
Anggota Kor-SUKSIS yang terbabit dalam program ‘Campus Policing’ adalah ‘vehicle’ atau medium yang berkesan yang mana boleh menggiatkan aktiviti ‘Community Policing’ yang lebih terpimpin dan terarah.
Sumber : Harian Metro