Article
Keperihatinan Pdrm Terhadap Keluarga Allahyarham Insp Pelatih I 20711 Mohd Redzuan Bin Ishak
'Keperihatinan serta tanggungjawab PDRM kepada setiap anggotanya tidak dapat di sanggah lagi'. Satu majlis penyerahan Ex-Gratia dan sumbangan dari pihak PDRM s...
RAWANG, 02 November 2011 - "Keperihatinan serta tanggungjawab PDRM kepada setiap anggotanya tidak dapat di sanggah lagi'.
Majlis penyerahan Ex-Gratia dan sumbangan dari pihak PDRM serta Kerajaan Malaysia telah berlangsung di kediaman Allahyarham Insp Pelatih Mohd Redzuan Bin Ishak di Jalan Selasih Sari 4, Bandar Sungai Buaya, Rawang Selangor yang telah meninggal dunia akibat disyaki jangkitan Wabak Adenovirus yang telah melanda Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) baru - baru ini.
Sebelum majlis berlangsung, pihak PDRM dan pihak Allahyarham telah mengadakan bacaan tahlil serta doa selamat semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Majlis penyerahan Ex- Gratia serta lain - lain faedah kematian telah disempurnakan oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed Komandan PULAPOL Kuala Lumpur kepada waris Allahyarham En. Ishak bin Tamrin, bapa kepada Allahyarham Mohd Ridzuan bin Ishak.
"Berikut adalah kelulusan faedah kematian pencen ganjaran dan faedah - faedah lain"
* Maklumat bayaran GCR (Gantian Cuti Rehat) no cek: 329075 berjumlah RM 92.67
* Maklumat ganjaran orang tanggunggan - no cek 329074 berjumlah RM6,244.00
* Maklumat pencen orang tanggungan - RM 413.00 (sebulan)
"Ex- Gratia"
* Ex-Gratia bapa, berkuatkuasa mulai 18 Mac 2011 - no cek 331387 RM 1,858.06 / Ex-Gratia sebulan RM 288.00
* Ex-Gratia ibu, berkuatkuasa mulai 18 Mac 2011 - no cek331388 RM 1,858.06 / Ex-Gratia sebulan RM 288.00
Jumlah keseluruhan pencen yang diterima RM 989.00 sebulan
Biodata Allahyarham:-
Nama: Mohd Redzuan bin Ishak
No Polis: PIT I/20711
Umur: 26 tahun
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Adik - beradik: Anak pertama daripada 3 orang adik - beradik
Tarikh/masa kematian: 17 Mac 2011 @ 0420hrs
Sebab kematian: Belum diketahui (Disyaki jangkitan Adenovirus)
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tarikh 17 Mac 2011 di Unit Kecemasan (ICU) tingkat 3 Hospital Kuala Lumpur pada jam 1620hrs. YDH SAC Zulkifli bin Mohamed Komandan PULAPOL Kuala Lumpur mengambil kesempatan mewakili PDRM dan Kerajaan Malaysia Mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah YDH SUPT Zulkifli bin Che Wail, Timbalan Komandan (Latihan) Pulapol Kuala Lumpur, YDH SUPT Arif bin Omar, Timbalan Komandan (Pentadbiran) Pulapol Kuala Lumpur, YDH DSP Hj Hassan bin A. Rahman, Ajutan Pulapol Kuala Lumpur, Pegawai - pegawai kanan polis serta pelatih - pelatih Insp percubaan (PIT) Pulapol Kuala Lumpur.

"Sahabat Seperjuangan" Kompeni F Platun 21, Pelatih Insp. Percubaan Turut hadir Bagi Memberi Penghormatan Terakhir...

Pelatih Insp Percubaan Bersalaman Dengan Bapa Allahyarham...

YDH SAC Zulkifli bin Mohamed Komandan PULAPOL Kuala Lumpur Bersama Bapa Allahyarham En.Ishak Bin Thamrin...

Bertukar Pendapat...

"Sebak" Ketika Majlis Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat...

YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Menyampaikan Cek Yang Disumbangkan Oleh Kerajaan Malaysia Kepada Bapa Allahyarham...

"Tidak Dapat Menahan Sebak" YDH SAC Zulkifli bin Mohamed Ketika Menyampaikan Sumbangan Ikhlas Daripada Warga Pulapol Kuala Lumpur....

Suasana Pilu Dan Sebak Seketika....

Tiada Apa Yang Dapat Diucapkan Selain Penghargaan Terima Kasih Yang Tak Terhingga kepada PDRM....

Wartawan : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto : L/kpl Mohd Helmi bin Saadin / Konst Iqtar bin Azmi