Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kenyataan Akhbar Berhubung Insiden Penculikan Pengurus Ladang Ternakan Ikan Di Silam Lahad Datu Sabah

Published: 06 Aug 2014 6.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH Pada 6 Mei 2014 antara jam 0245- 0255 pagi, sekumpulan lima (5) lelaki telah memasuki Ladang Ternakan Ikan Wonderful Terrace Sdn. Bhd. Di Silam, Lahad Datu, dan telah menculik pengurusnya, Yang Zailin, 34 tahun,
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-akhbar-berhubung-insiden-penculikan-pengurus-ladang-ternakan-ikan-di-silam-lahad-datu-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH
Kenyataan Akhbar Berhubung Insiden Penculikan Pengurus Ladang Ternakan Ikan Di Silam Lahad Datu Sabah

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH

Pada 6 Mei 2014 antara jam 0245- 0255 pagi, sekumpulan lima (5) lelaki telah memasuki Ladang Ternakan Ikan Wonderful Terrace Sdn. Bhd. Di Silam, Lahad Datu, dan telah menculik pengurusnya, Yang Zailin, 34 tahun, seorang warganegara China.

Dua daripada penculik berkenaan berpakaian ala tentera serta bertopeng, manakala tiga selebihnya tidak bertopeng, hanya dua daripada mereka bersenjata, dipercayai jenis M-16.

Pihak polis telah memburu kumpulan penculik berkenaan dan berlaku insiden tembak-menembak di perairan berhampiran Pulau Mataking. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membolos diri dan menghala ke arah negara jiran.

Pihak polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan kumpulan terbabit serta membebaskan pengurus syarikat yang diculik
ArticlePublished 06 Aug 2014 6.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM