Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kenderaan Polis Bukan Parkir Di Tempat Oku Hospital Ipoh Kpd Ipoh

Published: 22 Dec 2017 7.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 22 Disember 2017 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menafikan kenderaan pasukan itu diletakkan di petak parkir khas kurang upaya (OKU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hingga mendatangkan kesulitan kepada pelawat lain, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenderaan-polis-bukan-parkir-di-tempat-oku-hospital-ipoh-kpd-ipoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:24 MYT

Ipoh, 22 Disember 2017 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menafikan kenderaan pasukan itu diletakkan di petak parkir khas kurang upaya (OKU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hingga mendatangkan kesulitan kepada pelawat lain, kelmarin.

Kejadian berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu tular di media sosial apabila makluman kes terbabit disebarkan dalam kumpulan Whatsapp dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pada hari kejadian, dua anggota daripada Cawangan D6 yang menaiki kenderaan polis ada mengunjungi hospital itu bagi menjalankan tugas siasatan di Unit Forensik membabitkan kematian mengejut seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurutnya, kenderaan itu diparkir di petak awam dan bukan OKU seperti dimaksudkan.

“Mereka mengaku telah parkir kenderaan di tempat letak kereta biasa untuk orang awam di kawasan Unit Forensik hospital itu dan mengambil semula kenderaan pada jam 12.30 tengah hari.

“Jadi berdasarkan siasatan pergerakan yang kita jalankan, tidak berlaku kes seperti dimaksudkan.

“Kita mengalukan mereka yang menyebarkan maklumat ini tampil bersama gambar dan nombor pendaftaran kereta polis dimaksudkan, memandangkan selain kenderaan IPD Ipoh, kenderaan sama dari IPD lain juga sering hadir berurusan di hospital berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, maklumat viral itu menyebut terdapat dua kenderaan polis disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana diletakkan di kawasan yang dikhususkan untuk OKU dan warga emas.

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 22 Dec 2017 7.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM