Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kendali Bot Penumpang Tanpa Kebenaran Seorang Lelaki Ditahan

Published: 13 Jan 2015 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang, 13 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang telah menahan seorang lelaki warga Indonesia yang membawa bot penumpang tanpa kebenaran di perairan Pelabuhan Klang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kendali-bot-penumpang-tanpa-kebenaran-seorang-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:28 MYT
Kendali Bot Penumpang Tanpa Kebenaran Seorang Lelaki Ditahan
KENDALI BOT PENUMPANG TANPA KEBENARAN, SEORANG LELAKI DITAHAN

Pelabuhan Klang, 13 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang telah menahan seorang lelaki warga Indonesia yang membawa bot penumpang tanpa kebenaran di perairan Pelabuhan Klang semalam.

Komandernya ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, semasa rondaan pasukannya telah memeriksa sebuah bot penumpang bernombor 'BPK831' di perairan tersebut.

"Setelah diperiksa lelaki tersebut gagal mengemukakan sijil dan lesen mengendalikan bot berkenaan," katanya lagi.

Lelaki dan bot tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Laut Wilayah Tengah, Pelabuhan Klang untuk disiasat di bawah Seksyen 474 (2) dan 477 (3) Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1953.

Pihak PPM memandang serius berkaitan perkara ini kerana ia melibatkan nyawa orang awam yang menggunakan perkhidmatan tersebut dan akan terus membuat pemeriksaan ketat serta tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha yang gagal mematuhi peraturan.
ArticlePublished 13 Jan 2015 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM