Kena Serbu Lebih Lima Kali Tapi Masih Degil
SHAH
ALAM: Empat premis judi online di Jalan Batu Tiga Lama (Subang Jaya),
Bukit Rahman Putra (Sungai Buloh), Seksyen 15 (Shah Alam) dan Sri Gombak
(Gombak) setiap satunya sudah diserbu lebih lima kali namun pemilik
premis berkenaan masih tidak serik.
Sumber
Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPK Selangor berkata,
ada di antaranya sudah dikenakan tindakan pemotongan elektrik dan air
namun kerana keuntungan yang lumayan mereka berkemampuan untuk
beroperasi semula.
Menurutnya,
jabatan itu sudah melaksanakan sebanyak 15,571 serbuan dalam ‘Ops Dadu’
sepanjang tahun lepas berbanding 8,874 pada tahun 2012.
Jelasnya dari jumlah itu, sebanyak 2,179 orang ditahan manakala 28,788 set komputer dirampas sepanjang tahun 2013.
"Sehingga
20 Januari lalu, kita telah melakukan 281 serbuan ke atas pusat judi
online dengan 282 individu telah ditahan,"katanya ketika mengulas
mengenai laporan Sinar Harian berkaitan beberapa lokasi premis judi
online di Selangor, semalam.
Katanya, untuk tempoh itu juga, sebanyak 4,598 set komputer bersama wang tunai berjumlah RM24,320 dirampas.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian