Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kena Serbu Lebih Lima Kali Tapi Masih Degil

Published: 18 Jun 2014 8.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
SHAH ALAM: Empat premis judi online di Jalan Batu Tiga Lama (Subang Jaya), Bukit Rahman Putra (Sungai Buloh), Seksyen 15 (Shah Alam) dan Sri Gombak (Gombak) setiap satunya sudah diserbu lebih lima kal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kena-serbu-lebih-lima-kali-tapi-masih-degil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:14 MYT

SHAH ALAM: Empat premis judi online di Jalan Batu Tiga Lama (Subang Jaya), Bukit Rahman Putra (Sungai Buloh), Seksyen 15 (Shah Alam) dan Sri Gombak (Gombak) setiap satunya sudah diserbu lebih lima kali namun pemilik premis berkenaan masih tidak serik.

Sumber Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPK Selangor berkata, ada di antaranya sudah dikenakan tindakan pemotongan elektrik dan air namun kerana keuntungan yang lumayan mereka berkemampuan untuk beroperasi semula.

Menurutnya, jabatan itu sudah melaksanakan sebanyak 15,571 serbuan dalam ‘Ops Dadu’ sepanjang tahun lepas berbanding 8,874 pada tahun 2012.

Jelasnya dari jumlah itu, sebanyak 2,179 orang ditahan manakala 28,788 set komputer dirampas sepanjang tahun 2013.

"Sehingga 20 Januari lalu, kita telah melakukan 281 serbuan ke atas pusat judi online dengan 282 individu telah ditahan,"katanya ketika mengulas mengenai laporan Sinar Harian berkaitan beberapa lokasi premis judi online di Selangor, semalam.

Katanya, untuk tempoh itu juga, sebanyak 4,598 set komputer bersama wang tunai berjumlah RM24,320 dirampas.

Kena Serbu Lebih Lima Kali Tapi Masih Degil
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM