Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kena Denda Rm 1 500 Kerana Bergaduh

Published: 19 Aug 2014 4.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua sahabat dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah bergaduh menggunakan senjata di sebuah masjid di Krubong, Julai lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kena-denda-rm-1-500-kerana-bergaduh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:19 MYT
Ayer Keroh, 19 Ogos - Dua sahabat dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah bergaduh menggunakan senjata di sebuah masjid di Krubong, Julai lalu. 

Tertuduh, Erdi Baharin, 22, dan M M Vijay Kumar, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas kedua-duanya mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa. 

Berdasarkan pertuduhan, Erdi dan Vijay bersama lima masih bebas didapati merusuh menggunakan senjata hingga mendatangkan kecederaan di Masjid Kampung Tampoi, Krubong kira-kira jam 2 pagi pada 8 Julai 2014.

Mereka melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Kena Denda Rm 1 500 Kerana Bergaduh
ArticlePublished 19 Aug 2014 4.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM