Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kemukakan Permohonan Kepada Pihak Polis Terlebih Dahulu Sebelum Perhimpunan Diadakan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selaras dengan tawaran kerajaan bahawa perhimpunan 9 Julai 2011 boleh diadakan di dalam stadium, PDRM yang bertanggungjawab kepada ketenteraman awam berdasarkan kepada bidang kuasa yang termaktub dala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kemukakan-permohonan-kepada-pihak-polis-terlebih-dahulu-sebelum-perhimpunan-diadakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:23 MYT

Bukit Aman , 7 Julai - "Selaras dengan tawaran kerajaan bahawa perhimpunan 9 Julai 2011 boleh diadakan di dalam stadium, PDRM yang bertanggungjawab kepada ketenteraman awam berdasarkan kepada bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Polis 1967 (Akta 334), akan menentukan bahawa penganjur kepada perhimpunan tersebut hendaklah mematuhi undang-undang negara dan peraturan polis berhubung perhimpunan, perjumpaan dan perarakan. Perkara ini adalah penting demi menjaga kepentingan awam dan masyarakat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Bukit Aman hari ini.

Sehubungan itu, penganjur kepada perhimpunan hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum perhimpunan diadakan dan mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Daerah di mana perhimpunan itu hendak diadakan.

Tambah beliau, Ketua Polis Daerah, dalam menimbang permohonan tersebut, mengambil kira isu keselamatan dan sama ada perhimpunan ini akan menimbulkan kekacauan dalaman (disturbance of the peace), sebelum, semasa dan selepas perhimpunan itu.

Oleh itu, pihak penganjur mesti mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan kepada undang-undang bagi menjamin ketenteraman terus kekal sepanjang masa.

Sementara itu dalam tempoh dua tiga hari ini, pihak polis di Selangor dan Kuala Lumpur telah menemui senjata berbahaya di beberapa tempat yang mungkin digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum, semasa dan selepas perhimpunan ini diadakan.

Pihak polis bimbang dengan penemuan ini dan terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk mengadakan sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan jalan raya dan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis amat kesal di atas kesulitan yang telah dihadapi oleh orang ramai, tetapi langkah-langkah ini terpaksa diambil demi keselamatan orang ramai yang sentiasa menjadi keutamaan pihak polis.

"Pihak polis sentiasa prihatin ke atas kesejahteraan orang ramai dan berharap mereka bersabar oleh kerana keselamatan rakyat diutamakan," akhiri beliau.

Kemukakan Permohonan Kepada Pihak Polis Terlebih Dahulu Sebelum Perhimpunan Diadakan

Kemukakan Permohonan Kepada Pihak Polis Terlebih Dahulu Sebelum Perhimpunan Diadakan

Kemukakan Permohonan Kepada Pihak Polis Terlebih Dahulu Sebelum Perhimpunan Diadakan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM