Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempunan Nikmati Hasil Tangkapan

Published: 18 Jun 2014 9.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kudat, 4 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat melalui operasi Op Cantas Khas telah berjaya merampas 200 kilogram ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Pantai Sikuati, Kuda..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempunan-nikmati-hasil-tangkapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:41 MYT

Kudat, 4 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat melalui operasi Op Cantas Khas telah berjaya merampas 200 kilogram ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Pantai Sikuati, Kudat awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, pasukan Op Cantas Khas PPM Wilayah 4 semasa menjalankan operasi telah terserempak dengan empat buah bot yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan hasil pemeriksaan telah menjumpai 200 kilogram ikan yang dianggarkan bernilai RM3,000.

"Semasa pihak Marin Kudat terserempak dengan bot-bot yang digunakan untuk meletupkan ikan, kesemua suspek telah terjun dan melarikan diri ke darat.

Selain 200 kilogram ikan, PPM turut merampas empat buah bot, empat buah enjin, empat buah 'compressor', empat gulung hos getah dan empat unit 'gogle' yang menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM14,400," katanya lagi.

Semua rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Sumber : Pasukan Polis Marin Kudat Sabah

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM