Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita

Published: 12 Jun 2014 8.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 1 Nov - Satu Program 'The Walk The Talk' anjuran Soroptimist International Region Of Malaysia (SIROM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), The Body Shop dan Peace Lady (AMANITA..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-henti-keganasan-terhadap-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:03 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

KEMPEN HENTI KEGANASAN TERHADAP WANITA

Kuala Lumpur, 1 Nov - Satu Program 'The Walk The Talk' anjuran Soroptimist International Region Of Malaysia (SIROM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), The Body Shop dan Peace Lady (AMANITA) telah berlangsung dengan gilang-gemilang, pagi tadi.

Acara berjalan kaki sejauh 2 kilometer yang bermula di Pusat Sains Negara hingga Bukit Kiara Equestrian & Resort itu di sertai lebih 500 peserta.

YDH Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM bersama 350 orang Polis Wanita iaitu ahli AMANITA juga turut serta di dalam program itu.

Program lain yang pernah dilaksanakan oleh Datuk Elizabeth Maurice bersama dua rakan Rose Moguloi dan Clarice Mojigoh dari Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) itu telah mencetuskan idea baru bagi Y.Bhg Puan Sri Siew Yong Gnanalingam selaku Presiden Persekutuan Program 'The Walk The Talk'.

Pejalan kaki dilihat telah menjalankan kempen dengan semangat yang tinggi disamping menggalakkan orang ramai untuk menentang semua bentuk keganasan terhadap wanita. Ianya telah menarik publisiti tinggi tentang program yang unik itu.

Acara-acara lain yang turut disertakan adalah "Pertahanan Diri Bagi Wanita" dan sesi ceramah seperti Tips Pencegahan dan Keselamatan oleh Encik Shamir Rajadurai, Badan Seni Pertahan Diri KICKOUT, Hak-hak Wanita oleh Cik Betty Yeo, Persatuan All Women's Action Society (AWAM).

Selain itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyediakan slot ceramah yang amat berguna iaitu Jenayah Terhadap Wanita oleh Puan Hamidah binti Yunus, Cawangan Seksual dan Perlindungan Kanak-Kanak, Wanita Sebagai Penyeludup Dadah oleh Puan Aida Syeliza binti Abd Jalil, Cawangan Narkotik PDRM dan Jenayah Siber Terhadap Wanita oleh Puan Nerita Yaakob dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.

Acara dilangsungkan di Dewan Perdana dan Berjaya Equestrian, Bukit Kiara. Antara lain disamping memupuk kesedaran, program itu dilihat dapat memberikan pengetahuan asas tentang perlindungan diri, pengertian bentuk keganasan wanita serta pendedahan undang-undang bagi melindungi hak asasi kaum wanita.

Program turut dihadiri oleh Y.Bhg Datin Mina Cheah-Foong, Pengurus Rampai-Niaga The Body Shop, Y.Bhg Nora Lam, Presiden SIROM, YDH Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM, Peserta-peserta dari The Body Shop, Insurans eTiqa dan AMANITA.

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Sekitar 'Starting Point' Program 'The Walk The Talk'

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Antara anggota trafik yang bertugas untuk menjaga keselamatan para peserta program

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
YDH Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM memberikan ucapan ringkas kepada para peserta sebelum program dilangsungkan

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Pelepasan peserta Program ‘The Walk The Talk’

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Sekitar perarakan Program 'The Walk The Talk'

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Para peserta dihiburkan dengan tarian 'Break Dance' di Bukit Kiara Equestrian & Resort

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Sekitar Dewan Perdana, Bukit Kiara Equestrian & Resort

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Pengedaran risalah dan pelekat kempen henti keganasan terhadap wanita

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Pendaftaran ahli AMANITA

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Sekitar Dewan Perdana, Bukit Kiara Equestrian & Resort

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Ceramah Jenayah Terhadap Wanita oleh YDH ACP Puan Hamidah binti Yunus, Cawangan Seksual dan Perlindungan Kanak-Kanak

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Sekitar Dewan Perdana, Bukit Kiara Equestrian & Resort

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Ceramah Wanita Sebagai Penyeludup Dadah oleh ASP Aida Syeliza binti Abd Jalil, Cawangan Narkotik PDRM

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Ceramah Jenayah Siber Terhadap Wanita oleh ACP Nerita Yaacob dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Sekitar Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Resort

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Encik Shamir Rajadurai, Badan Seni Pertahan Diri KICKOUT menunjukkan tips pencegahan dan keselamatan diri

Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita
Para peserta melakukan tips pencegahan dan keselamatan diri

ArticlePublished 12 Jun 2014 8.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM