Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kempen Earth Hour

Diterbitkan: 28 Mar 2015 3.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR, 28 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut bersama seluruh dunia menjayakan Kempen ‘Earth Hour’ yang merupakan kempen globalisasi bagi menangani isu pemanasan global.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-earth-hour
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:06 MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2015 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut bersama seluruh dunia menjayakan Kempen ‘Earth Hour’ yang merupakan kempen globalisasi bagi menangani isu pemanasan global.

Kempen yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir jam 9.30 malam ini merupakan salah satu program untuk merealisasikan aktiviti Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM.

Kempen ini sejajar dengan Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM dan Terma Rujukan Pelantikan Jawatankuasa (KPN StaRT 164) bertarikh 8 Januari 2015.

Antara premis-premis yang memadamkan semua lampu selama satu (1) jam ialah Menara 1 dan 2, Bukit Aman, Kompleks Cawangan Khas, bangunan pentadbiran Kontinjen/Formasi/Briged/Maktab dan perumahan-perumahan PDRM.

4
Lampu di padamkan secara berperingkat-peringkat...

3
Lampu di padamkan secara berperingkat-peringkat...

2
Lampu di padamkan secara berperingkat-peringkat...
ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2015 3.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM