Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempen Earth Hour Pdrm Berterusan Tunjuk Sokongan Selamatkan Bumi

Published: 24 Mar 2018 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2018 - Buat kesekian tahunnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menyahut dan memberi sokongan penuh kepada Kempen 'Earth Hour' yang diadakan di seluruh dunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara bumi dari pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah kaca secara tidak terkawal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-earth-hour-pdrm-berterusan-tunjuk-sokongan-selamatkan-bumi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:51 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mac 2018  - Buat kesekian tahunnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menyahut dan memberi sokongan penuh kepada Kempen 'Earth Hour' yang diadakan di seluruh dunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara bumi dari pemanasan global yang disebabkan oleh pembebasan gas rumah kaca secara tidak terkawal.

Menara I dan II serta Kompleks C yang terdapat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah bergelap selama satu jam bermula pada jam 8.30 hingga jam 9.30 malam tadi bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan langkah penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

Kempen ini turut dilaksanakan secara serentak di peringkat kontinjen, formasi, briged, maktab dan perumahan-perumahan PDRM.

Sebagai perintis dan model pertama kepada agensi kerajaan dalam mempelopori  pelaksanaan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman khususnya turut bersama-sama mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan hijau dalam aktiviti harian seperti menggalakkan penggunaan tangga, penutupan sistem penghawa dingin secara automatik selepas waktu bekerja dan penutupan lampu semasa waktu rehat tengah hari.

Hasil daripada aktiviti ini, sebanyak 440,354kWh tenaga dan pelepasan karbon dioksida sebanyak 326 tan berjaya dikurangkan pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya.

#gogreenpdrm

#earthhour2018

#PolisDirajaMalaysia

#RoyalMalaysiaPolice

#24032018

 26756681_1863531326990499_5751161923371777658_o
Hadapan Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

29542484_1863531396990492_1669397520684816974_n
Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

29351537_1863531490323816_2745683966698461740_o
Bangunan Kompleks C, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

29572850_1863531580323807_7527658942606309864_n
Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman


29497560_1863531430323822_7396745325859213955_n
Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


29512169_1863531533657145_2290760258607749576_n
Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

ArticlePublished 24 Mar 2018 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM