
Kempen Anti Scam Pdrm 2022 Dato Awie Teruskan Siri Jelajah Fasa Akhir Ke Selatan Tanah Air
#BeSmartStayAlert
#LetsFightScammerTogether
Shah Alam, 1 Ogos 2022 - Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM yang juga lagenda muzik rock tanah air, Dato’ Ahmad Azhar Othman atau Dato' Awie (Awie Al Pamalo) meneruskan jelajah mempromosi Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 fasa terakhir, ke selatan tanah air bermula hari ini sehingga 2 Ogos depan.
Majlis pelepasan konvoi bermotosikal jelajah terakhir ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK, Bukit Aman, SAC Nor Azman Muhammad Yusuf di Todak Fushion (KOTAK HITAM), Setia Alam, Shah Alam, Selangor, di sini, pagi tadi.
Konvoi bermotosikal berkuasa tinggi yang melibatkan 32 penunggang itu akan menuju ke pusat-pusat tumpuan orang ramai seperti Plaza Angsana, Johor, Mahkota Parade, Melaka dan seterusnya Palm Mall Seremban, Negeri Sembilan.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Jenayah Pengubahan Wang Haram) JSJK Bukit Aman, SAC Fazliysham Abdul Majid, rakan-rakan strategik dan pengamal media.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin