Kuala Lumpur, 20 April 2012 - Program Kembara PDRM 2012 telah
dilancarkan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara di PULAPOL Kuala Lumpur.
Seiring dengan moto Peringatan Hari Polis Ke-205 Tahun, "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami", Program Kembara PDRM 2012 ini adalah julung-julung kali diadakan. Seramai 659 orang pegawai dan anggota PDRM mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti kembara yang telah dirancang di setiap persinggahan.
Program ini juga membabitkan Konvoi Kenderaan Pacuan Empat Roda (4X4), Konvoi Motosikal Polis Berkuasa Tinggi, Konvoi Berbasikal dan Konvoi Perairan Pasukan Polis Marin yang akan melibat berberapa laluan di semenanjung negara.
Konvoi ini akan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka pada 22 April ini (Ahad) yang turut akan berlangsung Program 'Crime Awareness Carnival' bermula esok.
Turut hadir di majlis ini ialah YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota PDRM.

YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar menandatangani Buku Kembara PDRM 2012.

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut oleh Pengarah-pengarah PDRM yang hadir.

Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati binti Md Sobri, Pengerusi (PERKEP).
Sekitar Majlis.

Ucapan Ydh Ketua Polis Negara.
YDH ketua polis Negara menyerahkan 'outreach programmes' kepada Ketua-ketua Konvoi.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM memberikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, memberikan cenderahati kepada YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara melepaskan konvoi Pacuan Empat Roda (4X4) yang diketuai oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin.

Konvoi Pacuan Empat Roda (4X4).

Konvoi Pacuan Empat Roda (4X4).

Konvoi Motosikal Polis Berkuasa Tinggi diketuai oleh YDH Datuk Mortadza Bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.

Konvoi Berbasikal diketuai oleh YDH SAC Dato' Azizan Bin Abu Taat, Komander Briged Tenggra PGA.

Konvoi Perairan oleh Pasukan Polis Marin diketuai oleh YDH SAC Dato' Isa Bin Munir, Komander Marin Pasukan.

Sidang media oleh YDH Ketua Polis Negara.