Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kemalangan Menurun Sepanjang Ops Selamat Ii

Published: 17 Jun 2014 2.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Terdahulu, Dato' Seri Wira Salleh Bin Mat Rasid diiringi Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Dato' Abd Aziz Bin Yusof dan Ketua Polis Pahang Dato' Sharifuddin Bin Ab Ghani mengedarkan ri..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kemalangan-menurun-sepanjang-ops-selamat-ii
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:55 MYT

Kuantan, 12 Feb : Polis berpuas hati dengan statistik kemalangan yang menurun sepanjang kempen Ops Selamat II sempena Tahun Baharu Cina sejak ia dilaksanakan 3 Februari lepas. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Dato' Seri Wira Salleh Bin Mat Rasid berkata kempen turut menunjukkan keberkesanannya apabila kes pecah rumah semakin berkurangan.

Katanya jika dibandingkan dengan Ops Sikap 25 pada sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kadar kemalangan dan kes pecah rumah dalam Ops Selamat II merekodkan perkembangan positif iaitu penurunan ke tahap yang lebih baik. "Keseluruhan pelaksanaan Ops Selamat II adalah baik dan saya akan umumkan statistik penuh kemalangan dan kes pecah rumah sebaik sahaja kempen ini berakhir pada 17 Februari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penduduk di Kampung Sungai Ular di sini, hari ini.


Terdahulu, Dato' Seri Wira Salleh Bin Mat Rasid diiringi Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Dato' Abd Aziz Bin Yusof dan Ketua Polis Pahang Dato' Sharifuddin Bin Ab Ghani mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya di Kilometer 30 Jalan Kuantan -Kemaman sempena Lawatan Pemantauan Ops Selamat II di negeri ini.

Dato' Seri Wira Salleh Bin Mat Rasid turut meminta pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan terutamanya pada musim perayaan. Beliau juga meminta semua pemandu supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan balai polis berhampiran bagi melicinkan perjalanan mereka.- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM