Keluarga Perwira Op Daulat Terima Sumbangan
PUTRAJAYA, 7 November 2013 - Hari ini
telah berlangsung dua majlis yang yang istimewa dan diraikan dengan
penuh meriah, Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Setiausaha Jabatan
Perkhidmatan Awam (KSU) bertempat di Hotel Everly dan Majlis Penyerahan
Sumbangan oleh YAB Perdana Menteri pula di Dewan Bankuasi, Kompleks Seri
Perdana.
Hadir
seramai 29 penerima terdiri daripada tujuh balu dan enam ibu bapa wira
negara yang terkorban serta 16 pegawai dari pasukan polis dan tentera
yang tercedera ketika bertugas di Op Daulat, Lahad Datu menerima
sumbangan daripada Tabung Wira Negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA).
Sehubungan
itu, dalam ucapan YAB Perdana Menteri, sumbangan akan disalurkan dalam
dua kaedah iaitu secara sekali gus dan bulanan.
Dalam
ucapan beliau juga, "Sebanyak RM22,000 akan diserahkan kepada ibu bapa
atau balu anggota yang meninggal dunia; RM10,000 bagi anggota yang
parah; RM5,000 untuk anggota cedera ringan dan RM10,000 kepada ahli
keluarga yang melanjutkan pelajaran, diberikan secara sekali gus.
Bagi
menerangkan kaedah kedua pula,"sumbangan bulanan juga akan diberikan
melalui Amanah Raya Berhad iaitu RM800 kepada balu, RM500 kepada
anak-anak dibawah umur 12 tahun dan RM400 kepada ibu bapa," katanya.
Setakat
ini, Tabung Wira Negara mengumpulkan sebanyak RM3,269,465.18 hasil
sumbangan daripada penjawat awam peringkat persekutuan dan negeri dan
juga badan berkanun serta melalui penajaan sejak pelancaran pada 11 Mac
lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13.
Di
majlis tersebut, kebanyakan waris kepada para perwira negara yang
terkorban dalam insiden di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini,
menyuarakan rasa terharu dan juga tidak dapat menahan sebak mengenangkan
kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu.
Dalam
sesi temubual bersama media, Jabah Anak Minggu, 35, balu kepada DSP
Michael anak Padel berkata beliau dan anaknya sentiasa merindui
mendiang, namun hidup perlu diteruskan, dan yang pergi tidak akan
kembali. Beliau juga cuba menyembunyikan perasaan hiba tapi sering
terasa amat terharu, kerana sentiasa ada yang memberikan penghormatan
pada dirinya dan keluarga.
Dalam
sesi temubual yang sama, Insp Mohamad Hasnal Jamil, 31, yang kini
menjalankan tugas seperti biasa di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata,
kecederaan yang dialami beliau tidak pernah mematahkan semangatnya
untuk terus berbakti kepada negara dengan apa cara sekalipun.
Pada
kejadian awal Mac lalu, beliau menanggung kesakitan hampir 21 jam
akibat ditembak, dan tangan kanannya hampir putus akibat ditetak
berulang kali oleh pengganas Sulu.
Tambah
beliau, kematian adalah suatu yang pasti, dalam susah atau senang itu
adalah risiko yang perlu diambil demi menjaga keselamatan dan kedaulatan
Negara yang aman ini.
Majlis
selesai pada jam 6.30 petang dan diteruskan dengan Majlis Tahlil dan
Bacaan Yassin di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ketibaan YAB Perdana Menteri.

Antara penerima sumbangan.

Antara penerima sumbangan.

Antara penerima sumbangan.

Sekitar majlis.

Gambar kenangan.
Sila layari https://www.facebook.com/media/set/?set=a.685996834743960.1073742135.161086313901684&type=3 untuk berita lanjut.