Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih

Published: 12 Jun 2014 12.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman bersama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam (PPZ MAIWP) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan program keluarga bahagia..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keluarga-bahagia-mahligai-kasih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:35 MYT

PROGRAM KELUARGA BAHAGIA SIRI 1/2012 – MAHLIGAI KASIH

Kuala Lumpur, 29 Mac 2012 (Khamis) - Satu Program Keluarga Bahagia Siri 1/2012 - Mahligai Kasih telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan anjuran bersama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam (PPZ MAIWP) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Peserta Program terdiri daripada Pegawai, anggota dan pegawai awam seramai 110 orang, manakala penceramah jemputan ialah Tuan Haji Shafai Uda Jaafar daripada Succes Together Consulting yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kekeluargaan.

Tujuan Program Keluarga Bahagia Siri 1/2012 - "Mahligai Kasih" ialah :

1. Memberi pendedahan berkenaan perbezaan kehendak dan keperluan lelaki dan wanita melalui modul Mahligai Kasih.

2. Memberi pemahaman kepada peserta / pasangan suami isteri supaya menghormati perbezaan mereka sehingga mampu bertolak ansur dalam perkara yang bertentangan.

3. Mengurangkan stress diri dan pasangan dalam memahami perbezaan dan menanam perasaan saling lengkap - melengkapi kekurangan masing-masing.

4. Menanam sikap untuk berzakat bagi keberkatan rumahtangga dibina.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta/suami isteri menggunakan panduan " Suami Memimpin, Isteri Mengurus" berdasarkan nas-nas al-Quran dan kajian-kajian Universiti. Perbezaan fitrah yang ada pada mereka disebabkan oleh hormon yang berbeza iaitu lelaki dan wanita semenjak dari awal lagi kelahiran manusia lagi.

Beberapa perbezaan antara lelaki dan wanita yang biasa antaranya:

1. Kemahiran befikir

2. Peranan otak kiri dan kanan yang berbeza

3. Fokus dan Multitask kerja

4. Emosi dan lain-lain.

Program ini dirasmikan Timbalan Pengarah Pengurusan (BAKA) dan turut dihadiri bersama bersama Pen. Pengurus Besar (Operasi Dalam), Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Agama

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Pendaftaran peserta-peserta...

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Antara yang hadir...

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling)

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Bacaan Doa Selamat...

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Tuan Haji Shafai Uda Jaafar menyampaikan ceramah

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Ucapan oleh YDH SAC Dato' Dr Hashim

Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Keluarga Bahagia Mahligai Kasih
Penyampaian cenderahati...


Berita : BAKA Bukit Aman
Gambar : D6 Bukit Aman

ArticlePublished 12 Jun 2014 12.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM