Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kelicikan Geng Sky Akhirnya Tersungkur

Published: 26 Mar 2015 4.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga penjenayah termasuk sepasang suami isteri yang sering menyasarkan siling di tingkat empat bangunan apartmen sebagai ‘pintu' memecah masuk rumah mangsa diberkas pada Jumaat lalu di Apartmen Bambangan dan di Kampung Kalasanan, Inanam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kelicikan-geng-sky-akhirnya-tersungkur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:21 MYT

26 Mac 2015: Taktik pecah rumah menerusi siling apartmen dilakukan oleh sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Geng Sky akhirnya tumpas apabila tiga suspek diberkas dalam dua operasi berasingan di sini baru-baru ini.

Tiga penjenayah termasuk sepasang suami isteri yang sering menyasarkan siling di tingkat empat bangunan apartmen sebagai ‘pintu' memecah masuk rumah mangsa diberkas pada Jumaat lalu di Apartmen Bambangan dan di Kampung Kalasanan, Inanam.

Hasil pemeriksaan di rumah suspek berjaya menemukan barangan yang dipercayai barang curi seperti dua televisyen skrin cecair kristal (LCD), empat pemain cakera padat digital (DVD) dan tujuh botol minyak wangi pelbagai jenama, selain parang dan pisau pemotong daging serta pelbagai kelengkapan pecah rumah. 

Sumber: Utusan Malaysia.

Kelicikan Geng Sky Akhirnya Tersungkur

ArticlePublished 26 Mar 2015 4.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM