Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keldai Dadah Warga Filipina Kandas Di Klia

Published: 10 Sep 2014 6.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bertindak atas maklumat berkenaan kurier dadah, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menahan seorang wanita warganegara Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berjaya merampas dadah syabu seberat 3.1 kilogram (kg) pada 28 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keldai-dadah-warga-filipina-kandas-di-klia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT

Kuala Lumpur, 10 Sept – Bertindak atas maklumat berkenaan kurier dadah, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menahan seorang wanita warganegara Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berjaya merampas dadah syabu seberat 3.1 kilogram (kg) pada 28 Ogos lalu.

Wanita terbabit difahamkan tiba dari Delhi dengan dadah tersebut dan transit di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching, Sarawak.

Dadah tersebut telah dijumpai dalam beg pakaian yang diubahsuai dan hasil rampasan dadah dianggarkan bernilai RM620,000.

Suspek kini masih ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak polis sedang giat mengesan ahli-ahli sindiket yang terlibat.

ArticlePublished 10 Sep 2014 6.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM