Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keldai Dadah Wanita Warga Asing Ditahan

Published: 04 Aug 2014 7.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Difahamkan wanita berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen yang membuat pemeriksaan ke atas sebuah bas ekspres yang dinaiki wanita dari Changlun, Kedah menuju ke Kuala Lum..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keldai-dadah-wanita-warga-asing-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:10 MYT
 
KEPALA BATAS 31 Mei - Seorang wanita warga Thailand disyaki menjadi keldai dadah dengan membawa dua beg pakaian berisi ganja ditahan dalam Operasi Bersepadu di plaza tol Sungai Dua, di sini malam tadi. 

Difahamkan wanita berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen yang membuat pemeriksaan ke atas sebuah bas ekspres yang dinaiki wanita dari Changlun, Kedah menuju ke Kuala Lumpur. 

Pemeriksaan sepasukan anggota polis bahagian Narkotik pada pukul 11 malam tadi mendapati dua buah beg yang dibawanya itu mengandungi sejumlah ganja mampat yang dibungkus dalam plastik hitam. 
Keldai Dadah Wanita Warga Asing Ditahan

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia
ArticlePublished 04 Aug 2014 7.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM