Artikel
Keldai Dadah Wanita Warga Asing Ditahan
Difahamkan wanita berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen yang membuat pemeriksaan ke atas sebuah bas ekspres yang dinaiki wanita...
KEPALA BATAS 31 Mei - Seorang wanita warga Thailand disyaki menjadi keldai dadah dengan membawa dua beg pakaian berisi ganja ditahan dalam Operasi Bersepadu di plaza tol Sungai Dua, di sini malam tadi.
Difahamkan wanita berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen yang membuat pemeriksaan ke atas sebuah bas ekspres yang dinaiki wanita dari Changlun, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.
Pemeriksaan sepasukan anggota polis bahagian Narkotik pada pukul 11 malam tadi mendapati dua buah beg yang dibawanya itu mengandungi sejumlah ganja mampat yang dibungkus dalam plastik hitam.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia