Kelab Polis Bukit Aman Pamer Prestasi Membanggakan
"...Ingatlah
tonggak pencapaian kelab adalah bergantung kepada kepimpinan barisan
ahli jawatankuasa yang berkaliber dan amanah dalam menjalankan tugas
untuk memperkasakan kelab.." - YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Bukit Aman, 23 Julai -
"Saya merasa amat berbangga sekali, sejurus saya dimaklumkan bahawa di
sepanjang tahun 2011 yang lalu, Kelab Polis Bukit Aman ini sangat aktif
dengan menjalankan pelbagai aktiviti berfaedah, demi menjamin
kepentingan kira-kira 4,500 ahlinya yang terdiri daripada anggota
pangkat rendah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini," ujar
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
dalam ucapannya sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Polis
Bukit Aman Kali Ke- 41 di Dewan Theatrete, Menara 1, Bukit Aman, hari
ini.
Sepanjang
2011, Kelab Polis Bukit Aman telah menjalankan pelbagai aktiviti
seperti pemberian saguhati kepada anak-anak polis yang cemerlang dalam
peperiksan, bantuan khairat kematian, bantuan hospital, saguhati
perkahwinan, saguhati persaraan, bantuan sukan, sumbangan moreh semasa
bulan Ramadhan dan lawatan kerja ke Kontinjen Terengganu, Kelantan dan
Perak.
"Jawatankuasa
kelab ini telah mengamalkan perbelanjaan yang sangat berhemah sehingga
berjaya menjayakan banyak program dan aktiviti yang berkualiti untuk
manfaat semua ahli kelab polis," tambahnya lagi.
Hadir
sama menyerikan majlis pada hari ini, YDH Dato' Mohd Nizar Bin Mohd
Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Sub Inspektor Haji Ismail
bin Haji Md Zain, Pengerusi Kelab Polis Bukit Aman, Barisan Ahli
Jawatankuasa Kelab dan ahli-ahli Kelab Polis Bukit Aman.

YDH
Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara
bersama YDH Dato' Mohd Nizar Bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan
(Perkhidmatan) dan Sub Inspektor Haji Ismail bin Haji Md Zain, Pengerusi
Kelab Polis Bukit Aman.

Antara ahli-ahli kelab yang hadir.

Bacaan doa.

Bacaan doa.

Ucapan aluan oleh Sub Inspektor Haji Ismail bin Haji Md Zain, Pengerusi Kelab Polis Bukit Aman


Ucapan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Antara penerima sijil penghargaan

Antara penerima sijil penghargaan

Antara penerima sijil penghargaan

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar menerima cenderahati daripada Sub Inspektor Haji Ismail bin Haji Md Zain.

YDH Dato' Mohd Nizar Bin Mohd Ali turut menerima cenderahati.

Sesi gambar kenangan.