Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejohanan Menembak dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011 telah berakhir pada hari ini dengan menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur muncul sebagai juara keseluruhan dalam kategori menembak dan Kontinje..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejuaraan-menembak-dan-karate-piala-ketua-polis-negara-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:09 MYT

Kuantan , 10 April 2011 - Kejohanan Menembak dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011 telah berakhir pada hari ini dengan menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur muncul sebagai juara keseluruhan dalam kategori menembak dan Kontinjen Pulapol Kuala Lumpur sebagai johan kategori karate.

Kejohanan yang berlangsung sejak 7 April lalu adalah penyertaan daripada 18 kontinjen serta Briged dan Pusat Latihan Polis dari seluruh negara di mana Kontinjen Briged Tenggara telah dilantik menjadi pengelola rasmi kejohanan pada kali ini.

Kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian adalah daripada Bukit Aman, PULAPOL Kuala Lumpur, PULAPOL Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Briged Utara, Briged Tenggara dan Briged Tengah.

Kategori menembak menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur memenangi johan keseluruhan diikuti kontinjen Perak dan kontinjen Briged Tengah bagi naib johan keseluruhan dan ketiga keseluruhan.

Kategori pertandingan menembak merangkumi acara Tembak Centre Fire Revolver (Jarak 25 meter), Tembak Centre Fire Pistol (jarak 25 meter), Tembak HK MP5 (jarak 30 meter) dan Tembak Jatuh Piring Besi (jarak 20 meter).


Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori Centre Fire Revolver:

Keputusan

Kontinjen

Markah Keseluruhan

Johan

Kuala Lumpur

934

Naib Johan

Briged Utara

880

Ketiga

Perak

877


Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori Centre Fire Pistol:

Keputusan

Kontinjen

Markah Keseluruhan

Johan

Kelantan

854

Naib Johan

Perak

837 (Kelebihan Bull)

Ketiga

Briged Tenggara

837


Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori HK MP5:

Keputusan

Kontinjen

Markah Keseluruhan

Johan

Melaka

354

Naib Johan

Briged Utara

351

Ketiga

Briged Tengah

339

Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori Tembak Jatuh Piring Besi:

Keputusan

Kontinjen

Johan

PULAPOL Kuala Lumpur

Naib Johan

Johor

Ketiga

Perak



Kategori karate pula berakhir dengan Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan diikuti naib johan keseluruhan, Kontinjen Terengganu, ketiga keseluruhan, Kontinjen Johor dan keempat keseluruhan disandang oleh Kontinjen Briged Tenggara.


Kategori ini mempertandingkan acara Kumite Individu, Kumite Berpasukan, Kumite Novis Bawah 23 Tahun, Kata Individu dan Kata Berpasukan, mengikut Peraturan Pertandingan berpandukan kepada Undang-Undang Persekutuan Karate Sedunia (WKF)/ Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF)

Acara Kumite Berpasukan Wanita:

Pencapaian

Kontinjen

Emas (Piala Pusingan)

Perlis

Perak

Kuala Lumpur

Gangsa Pertama

Johor

Gangsa Kedua

Pulau Pinang


Acara Kumite Berpasukan Lelaki:

Pencapaian

Kontinjen

Emas (Piala Pusingan)

PULAPOL KL

Perak

Johor

Gangsa Pertama

Briged Tengah PGA

Gangsa Kedua

Sabah



Upacara penutup kejohanan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM.

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Pasukan PULAPOL Kuala Lumpur...Acara akhir Tembak Jatuh Piring Besi

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Pasukan dari Kontinjen Johor...Naib Johan Acara Tembak Jatuh Piring Besi

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Juara Keseluruhan Menembak Piala KPN 2011...Kontinjen Kuala Lumpur

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Kontinjen Perak..Naib Johan Keseluruhan

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Penembak-penembak wanita yang menyertai Kejohanan Menembak Piala KPN Tahun 2011

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Menembak & Karate PDRM Piala Ketua Polis Negara Tahun 2011

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar diperkenalkan kepada Pengurus-pengurus Pasukan...

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Pertandingan Akhir Kumite Berpasukan Wanita antara Kontinjen Perlis dan Kuala Lumpur

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Pertandingan Akhir Berpasukan Kumite Lelaki antara Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur dan Johor

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Johan KATA Berpasukan ... Persembahan menarik dari Briged Tenggara

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA bergambar kenangan bersama barisan pengadil.

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Pasukan tuan rumah, Briged Tenggara PGA diketuai oleh ASP Zaidi bin Hj. Osman

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
PULAPOL Kuala Lumpur...Johan Keseluruhan Kejohanan Karate Piala KPN Tahun 2011

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Kontinjen Terengganu, Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Karate Piala KPN Tahun 2011

Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Kontinjen Perlis, Juara Kumite Berpasukan Wanita


Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan
                   L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM