Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah bertanding dalam kejohanan ini. Selain daripada meningkatkan mutu sukan tenis, antara objektif lain dalam penganjuran kejohanan ini adalah untuk m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-tenis-piala-ketua-polis-negara-tahun-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:13 MYT

Kuala Lumpur - 18 April 2010. Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 telah berlangsung selama tiga hari, bermula dari 16 hingga 18 April 2010 di Gelanggang Tenis, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian telah diadakan di Dewan Serbaguna Briged Tengah PGA, Cheras dan disempurnakan oleh YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA pada jam 8.30 malam, 16 April 2010. Briged Tengah PGA adalah penganjur Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 pada tahun ini.

Majlis Penutupan Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 pula disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM di Gelanggang Tenis, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada petang ini.

Turut hadir di Majlis Penutupan Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 ialah YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, ACP Azizan bin Abu Taat, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, ASP Badrol Hisham bin Baharuddin, Pengelola Tenis PDRM, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pengurus Pasukan serta para peserta kejohanan.

Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah bertanding dalam kejohanan ini. Dua acara telah dipertandingkan dalam kejohanan kali ini, iaitu Acara Berpasukan Lelaki dan Acara Bergu Terbuka Wanita.

Selain daripada meningkatkan mutu sukan tenis, antara objektif lain dalam penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga PDRM dan mengenal pasti pemain yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemain-pemain yang menang di Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 akan dipilih untuk mewakili Pasukan PDRM dalam Kejohanan MAKSAK yang akan diadakan di Kelantan pada 21-23 Mei 2010. Pemain yang telah dikenal pasti juga akan diberi pendedahan melalui kejohanan yang lebih besar untuk memantapkan lagi mutu permainannya.

"Saya amat mengharapkan, kepada para Pegawai Memerintah supaya sentiasa menggalakkan aktiviti sukan di kalangan Pegawai Polis dan Pegawai Awam di dalam PDRM. Gunakanlah kemudahan seperti gimnasium, gelanggang dan padang untuk bersukan yang telah disediakan di tempat kerja mahupun di kawasan perumahan bagi menjaga kesihatan selain memperbaiki teknik permainan untuk mewakili pasukan ke arena antarabangsa", kata YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM semasa ucapan Penutupan Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010.

Keputusan Acara Bergu Wanita Terbuka :-
Johan        - Bukit Aman
Naib Johan - Kontinjen Kuala Lumpur
Ketiga        - Briged Tengah PGA

Keputusan Acara Berpasukan Lelaki :-
Johan        - Bukit Aman
Naib Johan - Briged Tengah PGA
Ketiga       - Kontinjen Kelantan dan Kontinjen Perlis

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Majlis Perasmian Pembukaan di Dewan Serbaguna Briged Tengah PGA

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Lafaz Ikrar Kejohanan

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
ASP Akmal Yahya dari Bukit Aman dalam perlawanan akhir

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Pertandingan Akhir...hadapan, ASP Ja'afar bin Kaimi bersama Kpl Mazlan bin Aripin dari Briged Tengah PGA

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
L/Kpl Jakry @ Jack, Briged Tengah PGA bertemu ASP Akmal Yahya

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
ASP Badrul Hisham dari Bukit Aman membalas pukulan dari Briged Tengah PGA.

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Perlawanan akhir Berpasukan Lelaki...S/Insp Azilah Matap (depan) bersama ASP Abd Aziz bin Abd Rahman dari Bukit Aman

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Kpl Mohd Fazhil (kiri) bersama L/Kpl Ronny Michigin dari Briged Tengah PGA

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM (tengah), YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA (kiri) YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan di Majlis Penutupan Kejohanan Tenis Piala KPN 2010.

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Cenderahati daripada YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA kepada YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM.

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
YDH Pengarah Pengurusan beramah mesra dengan pemain-pemain kejohanan.

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Bukit Aman..Johan Acara Berpasukan Lelaki dan Bergu Wanita Terbuka

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Briged Tengah PGA, Naib Johan Acara Berpasukan Lelaki dan Tempat Ketiga Bergu Wanita Terbuka

Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Tempat Ketiga, Kontinjen Kelantan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM