Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Kuala Lumpur - 18 April
2010. Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 telah
berlangsung selama tiga hari, bermula dari 16 hingga 18 April 2010 di
Gelanggang Tenis, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Majlis
Perasmian telah diadakan di Dewan Serbaguna Briged Tengah PGA, Cheras
dan disempurnakan oleh YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander
Briged Tengah PGA pada jam 8.30 malam, 16 April 2010. Briged Tengah PGA
adalah penganjur Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
pada tahun ini.
Majlis
Penutupan Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 pula
disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah
Pengurusan PDRM di Gelanggang Tenis, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada
petang ini.
Turut hadir di Majlis
Penutupan Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 ialah YDH
SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, ACP
Azizan bin Abu Taat, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, DSP Aiyob bin
Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, ASP Badrol Hisham bin
Baharuddin, Pengelola Tenis PDRM, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM,
Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pengurus Pasukan serta para peserta
kejohanan.
Sebanyak
15 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah bertanding dalam kejohanan
ini. Dua acara telah dipertandingkan dalam kejohanan kali ini, iaitu
Acara Berpasukan Lelaki dan Acara Bergu Terbuka Wanita.
Selain
daripada meningkatkan mutu sukan tenis, antara objektif lain dalam
penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
antara warga PDRM dan mengenal pasti pemain yang berbakat untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Pemain-pemain
yang menang di Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 akan
dipilih untuk mewakili Pasukan PDRM dalam Kejohanan MAKSAK yang akan
diadakan di Kelantan pada 21-23 Mei 2010. Pemain yang telah dikenal
pasti juga akan diberi pendedahan melalui kejohanan yang lebih besar
untuk memantapkan lagi mutu permainannya.
"Saya
amat mengharapkan, kepada para Pegawai Memerintah supaya sentiasa
menggalakkan aktiviti sukan di kalangan Pegawai Polis dan Pegawai Awam
di dalam PDRM. Gunakanlah kemudahan seperti gimnasium, gelanggang dan
padang untuk bersukan yang telah disediakan di tempat kerja mahupun di
kawasan perumahan bagi menjaga kesihatan selain memperbaiki teknik
permainan untuk mewakili pasukan ke arena antarabangsa", kata YDH CP
Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM semasa
ucapan Penutupan Kejohanan Tenis Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010.
Keputusan Acara Bergu Wanita Terbuka :-
Johan - Bukit Aman
Naib Johan - Kontinjen Kuala Lumpur
Ketiga - Briged Tengah PGA
Keputusan Acara Berpasukan Lelaki :-
Johan - Bukit Aman
Naib Johan - Briged Tengah PGA
Ketiga - Kontinjen Kelantan dan Kontinjen Perlis

Majlis Perasmian Pembukaan di Dewan Serbaguna Briged Tengah PGA

Lafaz Ikrar Kejohanan

ASP Akmal Yahya dari Bukit Aman dalam perlawanan akhir

Pertandingan Akhir...hadapan, ASP Ja'afar bin Kaimi bersama Kpl Mazlan bin Aripin dari Briged Tengah PGA

L/Kpl Jakry @ Jack, Briged Tengah PGA bertemu ASP Akmal Yahya

ASP Badrul Hisham dari Bukit Aman membalas pukulan dari Briged Tengah PGA.

Perlawanan akhir Berpasukan Lelaki...S/Insp Azilah Matap (depan) bersama ASP Abd Aziz bin Abd Rahman dari Bukit Aman

Kpl Mohd Fazhil (kiri) bersama L/Kpl Ronny Michigin dari Briged Tengah PGA

YDH
CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM
(tengah), YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah
PGA (kiri) YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri
Sembilan di Majlis Penutupan Kejohanan Tenis Piala KPN 2010.

Cenderahati
daripada YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah
PGA kepada YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah
Pengurusan PDRM.

YDH Pengarah Pengurusan beramah mesra dengan pemain-pemain kejohanan.

Bukit Aman..Johan Acara Berpasukan Lelaki dan Bergu Wanita Terbuka

Briged Tengah PGA, Naib Johan Acara Berpasukan Lelaki dan Tempat Ketiga Bergu Wanita Terbuka

Tempat Ketiga, Kontinjen Kelantan