Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
PULAPOL
Kuala Lumpur - 17 Mei 2009. Kejohanan Ragbi 10' Piala Ketua Polis
Negara 2009 telah diadakan di Padang Utama, PULAPOL Kuala Lumpur bermula
16 - 17 Mei 2009. Kejohanan Ragbi 10' Piala Ketua Polis Negara 2009
tahun ini dianjurkan oleh Kontinjen Kuala Lumpur dan sebanyak 16 pasukan
telah mengambil bahagian.
Sukan
Ragbi merupakan sukan lasak yang dapat mempertingkatkan kemahiran
(skill) untuk bertindak dan berfikir dengan pantas. Disamping itu,
Kejohanan Ragbi 10's ini memberi setiap pasukan menonjolkan kehebatan
dan kemahiran masing-masing disamping menjadikan kejohanan ini sebagai
jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga PDRM.
Apa yang diharapkan, kejohanan ini nanti mampu mencungkil bakat-bakat
baru, dengan satu fokus ke arah penguasaan PDRM dalam sukan ini.
Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Ragbi 10's Piala KPN 2009 telah
disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah
Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
Hadir
sama di majlis itu ialah YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman,
Ketua Polis Kuala Lumpur yang juga Penaung Jawatankuasa Pengelola, YDH
SAC I Dato' Abdul Samah bin Hj. Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,
YDH SAC I Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala
Lumpur, YDH SAC II Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL
Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Bagi
pertandingan kategori Bowl, pemenangnya ialah Kontinjen Pulau Pinang,
Naib Johan Kategori Plate - Kontinjen Perak dan Johan - Kontinjen
Pahang.
Pertandingan
akhir kategori Cup diungguli oleh Pulapol Kuala Lumpur menewaskan
Kontinjen Selangor dengan kiraan mata 24 berbalas 5. Para tetamu juga
dipertontonkan perlawanan persahabatan ( Curtain Raiser) Veteran PDRM
antara Pegawai dan APR yang berumur atas 45 tahun.

Barisan Pulapol KL (baju belang kuning biru) cuba menghalang kemaraan pemain Kontinjen Selangor diperlawanan akhir

Pengurus Pasukan Kontinjen Pahang menerima piala kejohanan bagi acara Plate

Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Ragbi 10's Piala KPN 2009 oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Kontinjen Selangor, Naib Johan 'Cup'

YDH Pengarah Pengurusan beramah mesra dengan pemain-pemain dari Kontinjen Sabah.

Antara Kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

YDH Pengarah Pengurusan bergambar kenangan dengan Johan 'CUP' Pulapol Kuala Lumpur.