Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejohanan Olahraga Dan Tarik Tali Piala Kpn 2007

Published: 09 Jun 2014 1.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Kontinjen Johor telah diberikan penghormatan sebagai penganjur Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala KPN 2007, yang bermula pada 21-23 Jun 2007...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-olahraga-dan-tarik-tali-piala-kpn-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT
Johor Bahru, Johor - 23 Jun 2007. Kontinjen Johor telah diberikan penghormatan sebagai penganjur Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala KPN 2007, yang bermula pada 21-23 Jun 2007.

Kejohanan Olahraga telah berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin sementara Kejohanan Tarik Tali pula di Padang IPK Johor. Majlis perasmian dan penutupan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Ab. Aziz Kaprawi, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor sementara Majlis Penutupan oleh YDH DCP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap pemangku Pengarah Pengurusan PDRM. Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Hussin Hj Ismail, Ketua Polis Johor, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander Briged PGA dan Komandan Maktab dan Pusat Latihan Polis.

Seramai 928 orang atlit dan pegawai dari 24 kontinjen dan formasi menyertai temasya sukan kali ini. Kontinjen dari PULAPOL Kuala Lumpur telah menjadi johan sementara Kontinjen Bukit Aman di tempat kedua, ketiga dari Kontinjen Briged Tengah PGA dan keempat Kontinjen Briged Utara PGA.

Kejohanan Olahraga Dan Tarik Tali Piala Kpn 2007

Kejohanan Olahraga Dan Tarik Tali Piala Kpn 2007
Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur yang menjuarai Sukan Olahraga dan Tarik Tali Piala KPN 2007
ArticlePublished 09 Jun 2014 1.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM