Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011

Published: 11 Jun 2014 7.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ia juga berupaya memupuk semangat kerja berpasukan, menjana pemikiran secara strategik, kritis dan kreatif dan akan membentuk seseorang menjadi lebih cekal, kental, penyabar dan tabah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-bola-tampar-maksak-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:28 MYT

Shah Alam - 9 Oktober 2011. Majlis Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menganjurkan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 yang disertai oleh 13 kontinjen bermula pada 7 Oktober 2011 dan berakhir pada petang ini di Dewan Majlis Bandar Raya Shah Alam, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

"Tahniah kepada semua jawatankuasa pengelola dengan memberikan komitmen yang begitu tinggi, dengan membuat perancangan dan persiapan yang begitu rapi dan terbaik", ucap YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas yang mewakili YDH Timbalan Ketua Polis Negara, ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011.

Beliau juga berharap, melalui kejohanan ini, ianya akan dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi dan berkebolehan di kalangan kakitangan perkhidmatan awam Malaysia dalam sukan bola tampar untuk mewakili negara ke peringkat nasional.

"Ia juga berupaya memupuk semangat kerja berpasukan, menjana pemikiran secara strategik, kritis dan kreatif dan akan membentuk seseorang menjadi lebih cekal, kental, penyabar dan tabah dalam menghadapi cabaran yang lebih kompetitif dan kompleks", tambah beliau lagi.

Kejohanan ini juga diharap dapat membuktikan kemampuan seluruh anggota perkhidmatan awam bagi membentuk mutu kerja perkhidmatan awam Malaysia yang lebih berdisiplin, berintegriti, bertenaga, cergas dan mantap, ke arah mendapatkan keyakinan serta kepercayaan perkhidmatan daripada orang ramai.

Hadir di Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Y.Bhg Encik Mohammad Azahari bin Salleh, Setiausaha Agong Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia, Setiausaha-setiausaha Badan Gabungan MAKSAK Malaysia, dif-dif jemputan, para pengurus pasukan serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Sebelum itu, bertempat di Dewan Bankuet Sri Bistari, Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, pada 7 Oktober 2011, Majlis Makan Malam dan Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara.

Kontinjen Selangor telah menjuarai Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 dengan menewaskan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia di peringkat akhir. Kontinjen Johor dan Kuala Lumpur pula menduduki tempat Ketiga Bersama.


Gambar-gambar di Majlis Makan Malam dan Perasmian Pembukaan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Ketibaan YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Ucapan Perasmian...

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Simbolik perasmian...YDH DCP Dato' Abd Rahim menandatangani di bola tampar

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Bacaan ikrar kejohanan...

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Pengacara majlis...ASP Zaiham bin Mohd Kahar dan Insp Norhafizah binti Mohamad Yusak dari Urus Setia KPN (Perhubungan Awam)

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Antara yang hadir...

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Badan Kebudayaan Muzium PDRM bersama Quintet PDRM menghiburkan hadirin yang hadir...

Penyampaian cenderahati kepada kontinjen-kontinjen
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Y.Bhg Encik Mohammad Azahari bin Salleh, Setiausaha Agong Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan.


Gambar-gambar di Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola tampar MAKSAK 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM diperkenalkan kepada pemain kontinjen Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia sebelum berlangsungnya perlawanan akhir

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Menyaksikan perlawanan akhir di Dewan MBSA, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor

Gambar-gambar perlawanan akhir Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 antara kontinjen Selangor menentang Angkatan Tentera Malaysia
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Pemain paling 'senior'...Norizat bin Nordin dari kontinjen Negeri Sembilan

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Tan Qee Han dari kontinjen Selangor...'Spiker' Terbaik

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
'Receiver' Terbaik...Mohd Jefri bin Mohd Ali dari ATM

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
'Setter' Terbaik...Mohd Azri bin Azimi dari kontinjen Johor

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Kontinjen Johor dan Kuala Lumpur..tempat Ketiga Bersama

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Naib Johan...Angkatan Tentera Malaysia

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Johan...Kontinjen Selangor

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Pasukan Bola Tampar Kontinjen Polis Diraja Malaysia

Kejohanan Bola Tampar Maksak 2011
Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Tampar MAKSAK 2011 oleh YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun yang mewakil YDH Timbalan Ketua Polis Negara


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan




ArticlePublished 11 Jun 2014 7.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM