Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai

Published: 10 Jun 2014 3.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Satu Majlis Penyampaian Cek Insentif di atas kejayaan Sarjan Sokongan Sjn Sazali Abd Samad oleh PDRM telah berlangsung di tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-sjn-sazali-abd-samad-dihargai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:44 MYT
Bukit Aman - 27 September 2010. Satu Majlis Penyampaian Cek Insentif di atas kejayaan Sarjan Sokongan Sjn Sazali Abd Samad oleh PDRM telah berlangsung di Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman pada pagi ini.

Acara pagi ini di sempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara. Turut hadir meraikan kejayaan Sazali dalam acara penyampaian ini adalah YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan dan atlet-atlet PDRM.

Penyerahan cek sebanyak RM5,000 ini merupakan peruntukan khas daripada Tabung Majlis Sukan PDRM sebagai insentif di atas kejayaan dan prestasi yang di capai oleh Sjn Sazali Abd Samad dalam mengharumkan nama negara dan PDRM. 

YDH Ketua Polis Negara  mengucapkan  syabas dan tahniah kepada Pengelola Bina Badan PDRM di atas pencapaian dan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan dalam acara Sukan Bina Badan. Sukan Bina Badan merupakan satu aktiviti yang sememangnya menuntut tahap disiplin di dalam diri yang tinggi khususnya melalui latihan yang berterusan. Di peringkat kebangsaan, kita berbangga memiliki atlet bina badan PDRM yang bertaraf dunia. Beliau menyeru kepada anggota dan pegawai PDRM agar mengambil bahagian di dalam aktiviti sukan seumpama ini bagi memastikan warga PDRM mengamalkan cara hidup sihat serta berdisiplin tinggi. 

YDH Ketua Polis Negara juga menyuarakan rasa bangga di atas kejayaan-kejayaan yang telah di lakarkan adalah hasil kualiti dan produk PDRM sendiri. Jaguh-jaguh yang mengambil bahagian seperti Sazali Samad telah mengangkat nama PDRM dan telah mengharumkan nama Malaysia. YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan dengan mengharapkan kejayaan ini akan membawa kepada satu perubahan dan pendekatan yang lebih bermakna kepada pencapaian yang lain dalam melahirkan seberapa ramai atlet sukan bina badan yang berpotensi, berkualiti, berdedikasi untuk mengharumkan nama Malaysia yang telah berjaya di lakukan oleh PDRM.

Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun bersalaman dengan atlet-atlet Bina Badan PDRM.

Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
Barisan atlet Bina Badan PDRM yang hadir.               
 
Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara juga turut hadir pada pagi ini.

Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
Atlet-atlet PDRM mendengar ucapan YDH Ketua Polis Negara.

Kejayaan Sjn Sazali Abd Samad Dihargai
Upacara penyerahan Cek Insentif oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Sjn Sazali Abd Samad
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM