Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejayaan Pasukan Gerakan Marin Dalam Mencegah Isu Penyeludup

Published: 17 Jun 2014 12.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman - Pasukan Polis Marin Johor berjaya mematahkan satu sendiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran dengan tertangkapnya seramai 6 orang warga Pakistan dan 7 orang warga Indonesia ya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-pasukan-gerakan-marin-dalam-mencegah-isu-penyeludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:25 MYT

Bukit Aman - Pasukan Polis Marin Johor berjaya mematahkan satu sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran dengan tertangkapnya seramai 6 orang warga Pakistan dan 7 orang warga Indonesia yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang sedang bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Muhibah, Tanjung Serindit, Kota Tinggi Johor, berjaya ditangkap pada awal pagi semalam. Hasil soal siasat kesemua mereka mengaku mahu meninggalkan negara ini secara haram untuk ke Indonesia melalui laluan yang tidak diwartakan. Kesemua mereka ditangkap dibawah Akta anti pemerdangangan manusia dan anti penyeludupan migran 2007. 

Sementara itu, pada 10 Febuari 2012, Pasukan Polis Marin Sabah sekali lagi berjaya menghalang 38 orang warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah cuba menyeludup masuk ke Bandar Tawau menggunakan Feri KM Purnama Ekspress 1 yang tiba dari Nunukan Indonesia. Kesemua 38 orang warga Indonesia tersebut telah diusir kembali ke negara asal mereka setelah diambil data keterangan diri mereka dan tiada tangkapan dibuat.

Kejayaan Pasukan Gerakan Marin Dalam Mencegah Isu Penyeludup
Antara warga asing yang ditahan.

ArticlePublished 17 Jun 2014 12.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM