Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Jsjn Dalam Memerangi Jenayah Dadah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bagi tempoh April hingga 19 Jun tahun ini, JSJN telah menangkap seramai 896 orang di bawah seksyen 36B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar dadah. Seramai 337 orang telah ditangkap dala..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-jsjn-dalam-memerangi-jenayah-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:47 MYT
Bukit Aman, 22 Jun 2011 - Bagi tempoh April hingga 19 Jun tahun ini, JSJN telah menangkap seramai 896 orang di bawah seksyen 36B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar dadah. Seramai 337 orang telah ditangkap dalam bulan April, 379 orang pula dalam bulan Mei dan 180 orang ditangkap bagi tempoh 1 hingga 19 Jun tahun ini.

Sebanyak 90% (804 orang) daripada tangkapan tersebut adalah lelaki manakala 10% (92 orang) adalah wanita. Pecahan tangkapan mengikut kategori bangsa pula mendapati bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang tertinggi dengan pecahan sebanyak 50.7% (445 orang) diiukuti dengan bangsa Cina sebanyak 16.2% (145 orang). Selain itu, tangkapan bangsa India adalah sebanyak 15.6% (140 orang), lain-lain bangsa sebanyak 3.0% (26 orang) dan tangkapan rakyat asing sebanyak 14.5% (130 orang).

Hasil daripada tangkapan tersebut, sebanyak 548 kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen kesalahan yang sama. Sebanyak 70% dari kertas siasatan tersebut telah didakwa di mahkamah. Manakala baki selebihnya telah diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan sebahagian kecil dibebaskan kerana didapati tidak bersalah atau kerana ketiadaan bukti yang kukuh untuk disabitkan.  

Dalam tempoh masa yang sama juga, JSJN telah berjaya membongkar 11 makmal haram memproses dadah yang melibatkan tangkapan seramai 22 orang. Sebanyak 8 makmal dibongkar di Pulau Pinang, 2 di Selangor dan 1 di Kedah. Dalam bulan Mei tahun ini, JSJN telah mencipta sejarah melalui kejayaan terbesar menumpaskan satu sindiket memproses dadah di Pulau Pinang dengan pembongkaran 6 makmal haram memproses pelbagai dadah dan 3 buah stor simpanan dadah dan prekursor. Hasil operasi tersebut, nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM 10.53 juta.

Kejayaan terkini JSJN adalah pembongkaran 1 buah mini makmal di Kedah dengan tangkapan seorang lelaki Cina dan seorang perempuan Thailand.

Bagi tindakan pecahan pula, dalam tempoh April hingga 19 Jun tahun ini, seramai 227 orang telah dikenakan tindakan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Dalam tempoh masa yang sama juga, JSJN telah membuka 703 kertas sisatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. Hasil daripada siasatan yang dijalankan, JSJN telah menyita harta yang dianggarkan bernilai RM 26.7 juta yang disyaki diperolehi hasil dari pengedaran dadah.

Secara keseluruhannya bagi tempoh sepanjang tahun ini (Januari hingga 19 Jun), JSJN telah menagkap seramai 79,335 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik. Seramai 5,683 orang daripada tangkapan tersebut adalah di bawah kategori tangkapan mengurangkan bekalan iaitu tangkapan pengedaran dadah, pengedar kecil dan penanam pokok ganja. Manakala 73,652 orang pula adalah di bawah kategori tangkapan mengurangkan permintaan iaitu tangkapan memiliki, menyalahguna dan menagih dadah.

Hasil daripada tangkapan ini, JSJN telah merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM 148.23 juta mengikut harga pasaran tempatan.

Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama dan maklumat yang disalurkan oleh orang ramai, pengumpulan maklumat risikan dan perkongsian maklumat risikan dengan lain-lain agensi penguatkuasaan tempatan dan antarabangsa. - Sumber dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

Kejayaan Jsjn Dalam Memerangi Jenayah Dadah
Sidang Media...Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim.

Kejayaan Jsjn Dalam Memerangi Jenayah Dadah
Antara pihak media yang hadir.

Wartawan / Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor  
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM