Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejayaan Atlet Pdrm Dirai

Diterbitkan: 10 Dec 2015 8.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Majlis diadakan sebagai simbol penghargaan PDRM kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama pasukan serta negara dalam acara masing-masing, majlis seperti ini diharapkan sebagai pendorong serta suntikan semangat kepada para atlet untuk terus memperoleh kejayaan akan datang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejayaan-atlet-pdrm-dirai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:35 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Doris Mayau

Kuala Lumpur, 10 Dis – Seramai 40 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelbagai acara telah diraikan dalam satu majlis penghargaan sempena Sukan Empat Penjuru (SUKEP) 2015, Interforces Games PDRM-PRS dan Kejohanan Hoki Piala Tun Razak Tahun 2015 di Dewan Perkep, Bukit Aman, hari ini.

Majlis diadakan sebagai simbol penghargaan PDRM kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama pasukan serta negara dalam acara masing-masing, majlis seperti ini diharapkan sebagai pendorong serta suntikan semangat kepada para atlet untuk terus memperoleh kejayaan akan datang.

Dalam ucapan perasmian Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah sebentar tadi, beliau mengharapkan lebih ramai lagi pegawai dan anggota PDRM akan mewakili malaysia dalam sukan asia tahun 2017 nanti.

Pada bulan Oktober lalu, PDRM telah merangkul juara keseluruhan bagi dua kejohanan iaitu SUKEP antara agensi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta ‘Inter Forces Games’ antara PDRM dan polis Singapura.

Dalam pada itu, pasukan hoki lelaki PDRM turut mempamerkan pencapaian yang amat membanggakan apabila julung-julung kalinya merangkul gelaran johan dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak ke-53 tahun baru-baru ini.

Majlis pada hari ini turut meyaksikan pemakaian pangkat secara medan Koperal ke Sarjan P. Kumari dan penyampaian sijil penghargaan kepada pengurus pasukan atlet.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, SAC Azisman Alis, pegawai kanan polis dan para atlet PDRM.


Kejayaan Atlet Pdrm Dirai
Para Atlet PDRM sempat bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah


ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2015 8.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM