Artikel
Kejadian Tembak Di Seremban Empat Individu Ditahan
Seremban, 15 Dis - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan pihak polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square yang mana tela...
Seremban, 15 Dis - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan pihak polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square yang mana telah menyebabkan seorang lelaki cedera di telinga dan kepala akibat terkena tembakan, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 4.24 pagi.
Katanya siasatan mendapati mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau itu dikenali sebagai Jepun Chai, 42, cedera di telinga kiri, luka di dahi dan bengkak di belakang kepala, kemungkinan akibat terjatuh.
"Beberapa jam selepas kejadian itu, empat lelaki berumur antara 20 dan 35 tahun telah ditahan di sekitar bandar Seremban dan siasatan awal mendapati terdapat tujuh kesan tembakan di premis berkenaan buat masa ini, motif tembakan masih disiasat," katanya di sini.
Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh , katanya. -BERNAMA