Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejadian Tembak Di Seremban Empat Individu Ditahan

Diterbitkan: 15 Dec 2014 4.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seremban, 15 Dis - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan pihak polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square yang mana telah menyebabkan seorang lelaki cedera di telinga dan kepala akibat terkena tembakan, di sini awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejadian-tembak-di-seremban-empat-individu-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:50 MYT
Seremban, 15 Dis - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan pihak polis dalam satu kejadian di hadapan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square yang mana telah menyebabkan seorang lelaki cedera di telinga dan kepala akibat terkena tembakan, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 4.24 pagi.

Katanya siasatan mendapati mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau itu dikenali sebagai Jepun Chai, 42, cedera di telinga kiri, luka di dahi dan bengkak di belakang kepala, kemungkinan akibat terjatuh.

"Beberapa jam selepas kejadian itu, empat lelaki berumur antara 20 dan 35 tahun telah ditahan di sekitar bandar Seremban dan siasatan awal mendapati terdapat tujuh kesan tembakan di premis berkenaan buat masa ini, motif tembakan masih disiasat," katanya di sini.

Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh , katanya. -BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2014 4.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM