Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm

Published: 11 Jun 2014 8.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Terpahat detik bersejarah dalam kelendar Persatuan Keluarga-keluarga Polis (PERKEP) Malaysia atas kehadiran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang sudi mencemar duli berangk..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kehadiran-raja-permaisuri-berjiwa-rakyat-beri-makna-pada-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT

Kuala Lumpur, 30 Nov - Terpahat detik bersejarah dalam kelendar Persatuan Keluarga-keluarga Polis (PERKEP) Malaysia atas kehadiran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang sudi mencemar duli berangkat ke Majlis Hi-Tea Bersama Tuanku Permaisuri Agong di Dewan Bankuet PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini.


Keberangkatan tiba Tuanku Permaisuri pada sekitar 3 petang disambut oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia diikuti dengan lagu Kebangsaan Negaraku.


Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan pencak silat pembukaan majlis daripada C/Insp Norsuzila Kamaruldin dan diikuti dengan sembah menjunjung kasih daripada Pengerusi PERKEP kepada Raja Permaisuri Agong.


Majlis pada hari ini turut dihidangkan dengan beberapa persembahan berupa tarian tradisional dan moden yang menarik daripada Kontinjen Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.


Perjalanan majlis pada hari ini turut diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan, Dina dan Datuk Khatijah Ibrahim yang benar-benar menghiburkan.


Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini, Y.Bhg Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri kepada Menteri Dalam Negeri, Datin Sri Imran bt. Ibrahim, isteri kepada Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Naib Pengerusi PERKEP, pimpinan-pimpinan tertinggi PERKEP, ahli-ahli PERKEP dan wakil-wakil media.

Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah menandatangani buku lawatan PULAPOL.

Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah diiringi oleh Y.Bhg Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Keselamatan Dalam Negeri bersama Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati bt Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Persembahan pembuka tirai.

Silat pembukaan majlis oleh C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin 
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm

Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Sembah menjunjung kasih daripada Pengerusi PERKEP kepada Raja Permaisuri Agong.

Persembahan-persembahan sepanjang majlis.
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat meninggalkan majlis.
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm
Kehadiran Raja Permaisuri Berjiwa Rakyat Beri Makna Pada Warga Pdrm

ArticlePublished 11 Jun 2014 8.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM