Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kedai Emas Rugi Rm50 000 Dirompak

Published: 27 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebuah kedai emas kerugian RM50,000 selepas dua penjenayah melarikan barang kemas dalam kejadian di Jalan Tuanku Hassan, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kedai-emas-rugi-rm50-000-dirompak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:49 MYT

Seremban, 27 Okt - Sebuah kedai emas kerugian RM50,000 selepas dua penjenayah melarikan barang kemas dalam kejadian di Jalan Tuanku Hassan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, dua penjenayah dipercayai seorang lelaki dan seorang wanita yang memakai topi keledar menutup muka, memecahkan cermin pameran dan mengambil barang kemas tersebut.

Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Semasa kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai dan hanya terdapat seorang pekerja berada di bahagian hadapan, manakala dua lagi pekerja di belakang kedai berkenaan.

Pemeriksaan yang dilakukan polis mendapati, kedai emas berkenaan mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun tiada pengawal keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Pemilik kedai emas dinasihatkan supaya mempunyai pengawal keselamatan, selain CCTV bagi memastikan keselamatan kedai emas mereka dan juga pelanggan terjamin," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 27 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM