Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Hakiskan pandangan masyarakat yang kita ini tidak cekap dan tanamkan iltizam untuk bertugas dengan penuh keikhlasan untuk pasukan dan negara, supaya apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran di k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keakraban-polis-dan-masyarakat-bersama-mencegah-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:25 MYT
Kajang - 5 Disember 2010

'Ibarat aur dengan tebing', kerjasama erat antara Polis dan masyarakat, keakraban dan kemesraan yang telah sedia terjalin sekian lama diharap akan dapat berjaya mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di negara tercinta ini.

Justeru itu, pendekatan murni ini telah diambil kesempatan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail Timbalan Ketua Polis Negara berjumpa dan beramah mesra dengan Pengerusi dan Setiausaha 70 Persatuan Penduduk Kawasan Kajang di Majlis Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara, bertempat di Taman Kajang Prima petang ini.

Ketibaan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail telah disambut oleh YDH ACP Mohd Sakaruddin bin Che Mood, Ketua Polis Daerah Kajang dan Superintenden Azman bin Ayob, Timbalan Ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Dengan diiringi hujan renyai-renyai, YDH DIG Datuk Hussin memulakan ucapan, mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Penduduk Kawasan Kajang.

"Program sebegini akan dapat mengeratkan lagi hubungan Polis dan masyarakat setempat dan dengan cara ini juga secara tidak langsung  banyak permasalahan dapat diketahui".

"Dengan pembaharuan pucuk pimpinan dan Konsep 4P Polis Diraja Malaysia yang telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara pada 30 September 2010, saya berharap ia akan menjadi landasan untuk merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat, bekerjasama mencegah jenayah dan berjaya menurunkan jenayah di negara ini", antara ucapan oleh YDH DIG Datuk Hussin.

Beliau juga menekankan semua pihak di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, mendengar segala pandangan dan rintihan yang disuarakan oleh masyarakat bagi mewujudkan suasana selamat dan aman di kawasan pentadbiran Kajang.

Kepada Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Penduduk Kawasan Kajang, YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyarankan semua pihak boleh menyalurkan permasalahan ataupun menyalurkan maklumat melalui e-Aduan kepada Laman Web PDRM dan juga Facebook Polis Diraja Malaysia.

Sementera itu, Yang Berusaha Encik Koh Hock Chuan, Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Prima dan mewakili Persatuan Penduduk Kajang juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha pihak Polis Daerah Kajang yang berjaya mengekang jenayah dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan Kajang.

Beliau juga memberi pandangan kepada Polis Diraja Malaysia supaya dapat memberi pembayaran insentif penggunaan telefon bimbit kepada Ketua-ketua Polis Balai dan juga Pegawai-pegawai Penyiasat supaya sentiasa dapat berhubung terus dengan penduduk dan secara tidak langsung, ianya akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dan menaikkan imej Polis Diraja Malaysia.

Satelah selesai majlis ramah mesra ini, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Pegawai-pegawai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, menyampaikan amanatnya sambil 'Hi Tea' di Oriental Crystal Hotel, Kajang.

Diperjumpaan ini, beliau berharap semua pihak dapat mengembelingkan semua tenaga, tidak kira walau daripada cawanagan mana sekalipun untuk menyelesaikan apa jua kes yang berlaku sehingga berjaya, bagi mengembalikan keyakinan masyarakat dan meningkat imej Polis Diraja Malaysia.

"Walaupun kita dalam serba kekurangan, kita dapat memberikan hasil yang baik, ini adalah cabaran Polis Diraja Malaysia"

"Berilah perkhidmatan yang baik, mesra dan selesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh masyarakat, supaya ianya akan menjadi ubat penawar kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh pengadu", amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH DIG Datuk Hussin juga berkata, "Di mana kita bertugas, kita mesti mempunyai skil supaya dapat memberikan kepuasan kepada pengadu, hakiskan sikap ambil mudah setiap aduan yang dibuat dan tingkatkan kerjasama sepasukan".

"Hakiskan pandangan masyarakat yang kita ini tidak cekap dan tanamkan iltizam untuk bertugas  dengan penuh keikhlasan untuk pasukan dan negara, supaya apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran di kemudian hari", akhiri amanat oleh YDH DIG Datuk Hussin.

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra smbil mendengar permasalahan yang diutarakan oleh Persatuan Penduduk Kawasan Kajang di Majlis Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara di Taman Kajang Prima.

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Antara mantan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut hadir bersama P/ACP Rasdi bin Ramli, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) (tengah)...

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Yang Berusaha Encik Koh Hock Chuan, Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Prima menyampaikan cenderahati kepada YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail.

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Andak a/l Pendek, Tok Batin Kg Orang Asli Kuala Panson juga turut menyampaikan cenderahati kepada YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail.

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
YDH DIG Datuk Hussin sempat menanam sepohon pokok mangga berhampiran padang Taman Kajang Prima

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Memasang papan tanda..' harap pokok ini subur dan mengeluarkan buah yang lebat dan manis, semua boleh rasa'

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Sesi bergambar bersama YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Ucapan aluan oleh YDH ACP Mohd Sakaruddin bin Che Mood, Ketua Polis Daerah Kajang di Majlis 'Hi-Tea ' Bersama Timbalan Ketua Polis Negara

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Antara pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang hadir

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara kepada pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Ketua-ketua Bahagian yang hadir...

Keakraban Polis Dan Masyarakat Bersama Mencegah Jenayah
Bersemangat mendengar 'Amanat' oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Jurufoto/Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Penyunting : DSP Lai Lee Ching
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM