Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keakraban Media Polis Bantu Wujudkan Suasana Aman Dan Selamat Di Johor

Published: 07 Apr 2015 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Baharu, 7 April - Keakraban media bekerjasama dengan polis telah membantu badan beruniform itu mewujudkan suasana aman dan selamat, sekali gus menambah keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka di negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keakraban-media-polis-bantu-wujudkan-suasana-aman-dan-selamat-di-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT

 

Johor Baharu, 7 April - Keakraban media bekerjasama dengan polis telah membantu badan beruniform itu mewujudkan suasana aman dan selamat, sekali gus menambah keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata teknik dan strategi yang digunakan media dalam melaporkan berita tangkapan suspek-suspek jenayah selama ini telah berhasil melahirkan rasa gerun kepada penjenayah lain.

Selain itu, ia juga memberi gambaran bahawa polis telah bekerja keras untuk menjaga keselamatan agar para pelabur terus yakin untuk melabur di negeri ini.

"Kami terhutang budi dengan peranan dan sumbangan yang diberikan media demi membolehkan polis Johor mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan memenuhi kehendak Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Melaluinya, kami berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 2,023 kes bersamaan 11.8 peratus pada tahun lepas," katanya.

Mohd Mokhtar berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam Polis Johor bersama pengamal media di negeri ini di sini, malam tadi.

Turut hadir Presiden Kelab Media Johor, Mohd Fauzi Ishak.

BERNAMA

ArticlePublished 07 Apr 2015 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM