Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Walaupun hanya segelintir kalangan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan pencapaian PDRM, nyata golongan inilah yang paling 'vociferous' dan mendesak serta mengasak kita dengan tujuan bagi melump..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ke-arah-memperkasakan-professionalisme-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:57 MYT
Disediakan oleh: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

KUALA LUMPUR, 20 JUN - YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya pada hari ini menyatakan PDRM terus menghadapi cabaran-cabaran yang berbentuk perseptif yang menggambarkan bahawa agensi penguatkuasaan undang-undang dalam negara adalah tidak efektif walaupun organisasi ini telah melaksanakan pelbagai program umpamanya di dalam lebih daripada 40 inisiatif di bawah NKRA dan NBOS sekaligus membuktikan secara 'empirical' bahawa program-program tersebut membawa kepada pengurangan dalam kadar jenayah.

"Walaupun hanya segelintir kalangan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan pencapaian PDRM, nyata golongan inilah yang paling 'vociferous' dan mendesak serta mengasak kita dengan tujuan bagi melumpuhkan semangat untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," ujarnya lagi.

Berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Pesara Pegawai Kanan PDRM di Dewan Bankuet PULAPOL KL hari ini, beliau amat yakin sekali dengan penubuhan Yayasan Pengaman yang boleh membantu PDRM dalam membentuk persepsi positif terhadap perkhidmatan PDRM.

Sebelum ini, beliau telah memberi tiga fokus utama yang akan di tumpukan dalam jangka masa terdekat ini iaitu ketenteraman awam, pengurangan jenayah dan pemantapan disiplin warga PDRM.

"NKRA memberi tumpuan dalam aspek mencegah dan membanteras jenayah serta disokong dengan statistik keberkesanan yang telah meyakinkan kerajaan untuk meluluskan permohonan kita bagi menubuhkan satu jabatan baru, iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) yang secara prinsipnya telah diluluskan tiga hari yang lalu iaitu pada 16 Jun 2013," tambah beliau.

Objektif utama JPPJ adalah untuk mengurangkan jenayah menerusi sistem pencegahan dan pembanterasan yang berkesan serta kesinambungan dan penambahan dalam inisiatif-inisiatif sedia ada dalam NKRA dan NBOS.

Menyentuh berkenaan disiplin warga PDRM, beliau menjelaskan, perlakuan pegawai dan anggota yang tidak ditegur serta mendapat pengawasan pegawai kanannya akan menyebabkan ia berlarutan sehinggalah menjadi satu kesalahan dan pelanggaran etika serta peraturan kerja.

Maka, pihak penyelia, atau immediate bosses perlu menjadi mentor dan coach kepada pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka dan jika ini dilakukan secara serius, ianya akan dapat menghapuskan lebih daripada 80 peratus masalah disiplin.

Turut hadir pada majlis tersebut Y. Bhg, Tan Sri Norian Mai, Mantan Ketua Polis Negara, Y. Bhg, Tan Sri Musa Hassan, Mantan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Yang Berbahagia Mantan-mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Mantan-mantan Pengarah PDRM, Yang Dihormati Pengarah-pengarah dan Timbalan Pengarah, pesara-pesara polis, pegawai-pegawai kanan PDRM, tuan-tuan dan puan-puan hadirin.

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Ketibaan pesara pegawai kanan PDRM

Ketibaan Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Ketibaan pegawai kanan PDRM

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Ketibaan pegawai kanan PDRM

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Ketibaan YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Pengacara majlis menyampaikan kata-kata aluan

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara ketika menyampaikan ucapan

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Ucapan balas dari wakil mantan pegawai kanan PDRM

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Mantan pegawai kanan PDRM ketika berkongsi buah fikiran

YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan balas

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Antara tetamu yang turut hadir

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Antara tetamu yang turut hadir

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Antara tetamu kehormat yang hadir

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Antara tetamu kehormat yang hadir

Ke Arah Memperkasakan Professionalisme Pdrm
Sekitar program berlangsung

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM