
Article
Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Bercemar Duli Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pe...
Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.
Keberangkatan tiba Baginda berdua telah disambut oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama isteri, Datin Seri Norhayati Musa, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan isteri, Datin Zarina Idris serta Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.
Terdahulu, Baginda berdua berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Sallehin PULAPOL, Ustaz Muhammad Rashidi Ab Hamid.
Baginda berdua kemudiannya berangkat ke Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim bagi menikmati juadah berbuka puasa.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan isteri, Datin Kamariah Abd. Rahman, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan isteri Datin Hjh. Aniza Abdul Rahim, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Tuan Zulkifli Abidin, Duta-duta serta perwakilan asing ke Malaysia.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini