Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kdnprihatin Keratan Akhbar Pilihan Langkah Proaktif Bantu Pesara Bekas Polis

Published: 30 Nov 2023 7.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Rang Undang-Undang (RUU) Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun depan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, berkata RUU itu adalah langkah proaktif kerajaan dalam mengawal selia secara lebih teratur menerusi entiti khusus untuk pesara dan bekas polis
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnprihatin-keratan-akhbar-pilihan-langkah-proaktif-bantu-pesara-bekas-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT
Kuala Lumpur, 30 November 2023 - Rang Undang-Undang (RUU) Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, berkata RUU itu adalah langkah proaktif kerajaan dalam mengawal selia secara lebih teratur menerusi entiti khusus untuk pesara dan bekas polis.

Dengan adanya RUU itu, katanya, jabatan khas akan dibentuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan memberi punca kuasa yang jelas berkaitan pendaftaran pesara dan bekas polis, pendaftaran persatuan pesara dan bekas pegawai polis.

“Jabatan khusus ini akan memudahkan kerajaan menjaga kebajikan pesara dan bekas polis, selain sebagai jaminan memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada pesara dan bekas pegawai polis.

“Bantuan dan penyaluran pembiayaan akan diselaraskan dengan teratur dan berkesan seperti dilaksanakan Jabatan Veteran Angkatan Tentera,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 30 Nov 2023 7.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM