
Artikel
KDN SERAH EMPAT BOT DAN PERALATAN OPERASI MENYELAMAT KEPADA POLIS TEMERLOH DAN MARAN
Temerloh, 4 November 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said semalam menyerahk...
Temerloh, 4 November 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said semalam menyerahkan empat buah bot dan peralatan menyelamat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh serta Maran sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf serta Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin.
Terdahulu turut diadakan sesi taklimat keselamatan MTL oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff kepada masyarakat orang asli dan sketsa menyelamat oleh Pasukan Menyelamat IPD Temerloh.
Seusai majlis, Tan Sri Razarudin bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman diiringi Dato' Sri Ramli dan isteri selaku Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden sempat meluangkan masa menyantuni bekas anggota polis yang uzur, pesara Koperal Nok Anak Hek di rumahnya dekat Kampung Pasu, di sini.
Yang turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Pahang.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.