Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kayu Balak Bernilai Rm315 Ribu Dirampas Marin Sarawak

Published: 15 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Sarawak merampas 1,000 batang kayu balak yang dianggarkan bernilai RM315,000 dalam Op Bersepadu di Sungai Sawak, Pakan di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kayu-balak-bernilai-rm315-ribu-dirampas-marin-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:09 MYT

Sarikei, 15 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Sarawak merampas 1,000 batang kayu balak yang dianggarkan bernilai RM315,000 dalam Op Bersepadu di Sungai Sawak, Pakan di sini, pagi tadi. 

Komander PPM Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota yang diketuai ASP Enturan Ak Lageh dengan kerjasama seorang pegawai Jabatan Perhutanan telah membuat serbuan kawasan pembalakan di Batu 31/2 Sungai Sawak. 

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati lebih kurang 1,000 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz yang tidak mempunyai cop Jabatan Perhutanan.

“Kayu balak tersebut dipercayai diperolehi secara haram untuk pasaran tempatan,” katanya lagi.

Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Bahagian Sarikei untuk tindakan lanjut.
Kayu Balak Bernilai Rm315 Ribu Dirampas Marin Sarawak

ArticlePublished 15 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM