Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kaulah Ratu Hatiku

Published: 22 Sep 2017 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 22 September 2017 – Puan Sri Dato' Imran Ibrahim diraikan dalam sebuah Majlis Makan Malam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia dengan bertemakan “Kaulah Ratu Hatiku” yang berlangsung di Hotel Concord, dekat sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kaulah-ratu-hatiku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:26 MYT

KAULAH RATU HATIKU

Shah Alam, 22 September 2017 – Puan Sri Dato' Imran Ibrahim diraikan dalam sebuah Majlis Makan Malam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia dengan bertemakan “Kaulah Ratu Hatiku” yang berlangsung di Hotel Concord, dekat sini, malam tadi.

Majlis berkonsepkan tradisional melayu itu diadakan bagi meraikan persaraan Pengerusi PERKEP Malaysia ke-10 itu yang secara rasminya menamatkan perkhidmatannya pada 5 September lalu.

Sepanjang 5 tahun menerajui PERKEP Malaysia, Dato' Sri Imran telah mencurahkan khidmat bakti yang tidak ternilai dalam menjaga kebajikan keluarga polis yang menjadi tulang belakang pasukan.

“Kami ibarat memperoleh sebutir permata yang amat berharga dan bayangkanlah betapa sayangnya bila permata itu telah hilang dalam genggaman kami”, ujar Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saat@Mansor dalam ucapannya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, SAC Datin Sharifah Aini Syed Bab, Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan, Pengerusi-pengerusi PERKEP Kontinjen, Briged dan formasi dan ahli-ahli PERKEP.

Gambar sekitar majlis.
1234
ArticlePublished 22 Sep 2017 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM