Artikel
Kasanova Menyamar Pegawai Polis Peras Ugut 5 Wanita
Pulau Pinang, 10 November - Taktik seorang kasanova menyamar sebagai pegawai polis bagi memikat wanita untuk dijadikan mangsa peras ugut dan pemuas nafsu berak...
Pulau Pinang, 10 November - Taktik seorang kasanova menyamar sebagai pegawai polis bagi memikat wanita untuk dijadikan mangsa peras ugut dan pemuas nafsu berakhir apabila dia ditahan di Paya Terubong petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan katanya lelaki berkenaan yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Henry Gumey, Melaka dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Ketika ditahan di rumahnya di Paya Terubong, polis turut merampas sepasang uniform pegawai polis yang mempunyai lencana polis, dua pistol mainan, satu tali pinggang lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat telefon bimbit, empat helai surat pajak gadai, satu kad polis sukarela, dua kad bank, serta wang tunai RMl,205.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Malaysia