Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kapal Sah Lian Berjaya Ditemui Enjin Rosak

Published: 11 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander Pasukan Polis Marin (Marin) Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner N Kalai Chelvan mengesahkan bahawa kapal yang ditemui pada pukul 4.40 petang itu mengalami kerosakan enjin dan hanyut sehingga ke perairan Miri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kapal-sah-lian-berjaya-ditemui-enjin-rosak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT

Kuching, 11 Sept - Kapal MV Sah Lian yang dilaporkan hilang pada 7 September lepas semasa dalam perjalanan dari Kuching ke Limbang, sudah ditemui sekitar 26 batu nautika dari Tanjung Baram, Miri, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (Marin) Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner N Kalai Chelvan mengesahkan bahawa kapal yang ditemui pada pukul 4.40 petang itu mengalami kerosakan enjin dan hanyut sehingga ke perairan Miri.

Beliau berkata pihaknya sudah menghubungi kapten kapal berkenaan yang memberitahu bahawa semua anak kapal berada dalam keadaan selamat, dan mereka sedang menunggu bantuan pembaikan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka tidak memerlukan bantuan lain, dan kapal berkenaan akan ditunda terus ke Limbang, dengan alasan mereka bimbang kargo yang dibawa akan rosak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya keadaan laut di kawasan kapal itu ditemui didapati agak berjerebu, dengan jarak penglihatan sekitar dua batu nautika. - BERNAMA

ArticlePublished 11 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM