Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kanak Kanak Maut Dikelar Ibu Kandung

Diterbitkan: 18 Jun 2018 2.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 18 Jun 2018 - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar ibu kandungnya di Felda Jengka, Maran dekat sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kanak-kanak-maut-dikelar-ibu-kandung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:21 MYT

Kuantan, 18 Jun 2018 - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar ibu kandungnya di Felda Jengka, Maran dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP Othman Nayan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi.

"Kejadian disedari oleh bapa mangsa yang mendakwa telah menolak suspek apabila melihat dia mengelar leher mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan menggunakan pisau.

"Bapa mangsa membawanya ke Hospital Jengka, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia menyebabkan pihak hospital memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Othman menambah suspek telah ditahan sejurus kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Katanya, polis telah mengambil keterangan bapa mangsa dan didapati suspek tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana hospital sebelum ini.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2018 2.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM