Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kanak Kanak Lemas Mandi Di Kolam Air Panas Di Baling

Diterbitkan: 05 Aug 2016 7.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Baling, 5 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilapor meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di pusat rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kanak-kanak-lemas-mandi-di-kolam-air-panas-di-baling
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:10 MYT

Baling, 5 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilapor meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di pusat rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffuddin Yusof berkata Muhammad Ikram Akil Zamzani ditemukan orang ramai yang datang ke pusat rekreasi itu kira-kira 11 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri di salah sebuah kolam air panas berkenaan.

"Orang awam kemudiannya maklumkan kepada pihak pengurusan pusat itu dan pihak Hospital Baling datang ke tempat kejadian dan sahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Pihak polis turut terima panggilan kira-kira 1.45 pagi tadi daripada bapa mangsa yang memberitahu anaknya meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di kolam air panas berkenaan," katanya kepada Bernama.

Difahamkan mayat mangsa akan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Taman Bersatu, Kuala Nerang dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 05 Aug 2016 7.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM