Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kanak Kanak Lelaki Dilarikan Di Johor Baharu Ditemui Selamat

Diterbitkan: 23 Aug 2016 7.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Baharu, 23 Ogos 2016 - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilarikan dua individu tidak dikenali di Taman Melodies di sini pada Sabtu lepas, ditemui selamat oleh orang awam semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kanak-kanak-lelaki-dilarikan-di-johor-baharu-ditemui-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:17 MYT

Johor Baharu, 23 Ogos 2016 - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilarikan dua individu tidak dikenali di Taman Melodies di sini pada Sabtu lepas, ditemui selamat oleh orang awam semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kanak-kanak berusia enam tahun itu ditinggalkan suspek di kawasan taman permainan kanak-kanak di Teluk Danga di sini, sebelum ditemui orang ramai.

"Berdasarkan pemeriksaan, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menerima laporan sebuah kenderaan jenis BMW 740i dilarikan oleh dua suspek yang tidak dikenal pasti di Jalan Beringin di Taman Melodies di sini.

Di dalam kenderaan itu, terdapat seorang kanak-kanak lelaki.

Bagaimanapun, Wan Ahmad Najmuddin berkata kenderaan itu telah ditemukan semula di Jalan Impian Emas 5/1, Taman Impian Emas dekat Skudai semalam dipercayai turut ditinggalkan suspek.

Polis kini sedang memburu dua suspek terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata dan culik.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2016 7.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM